Thursday, April 21, 2011

Taib mahu wakil Cina

KUCHING: Wakil komuniti Cina tetap akan dilantik dalam kabinet negeri walaupun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak berganjak dengan keputusannya ti-dak mahu ada wakil kaum itu dalam kerajaan negeri.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tetap akan menunaikan janjinya mahu membantu komuniti Cina menda-patkan wakil dalam kerajaan.
Malah katanya, SUPP tiada kuasa untuk menyatakan sama ada mereka setuju atau tidak wakil Cina dilantik dalam kabinet Sarawak.
“Apa hak mereka (SUPP) untuk berkata begitu. Mereka bersetuju atau tidak ada wakil Cina dalam ke-rajaan, saya tetap akan tunaikan janji mahu membantu Cina bagi menda-patkan wakil yang adil dalam ke-rajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Taib turut mempertahankan tindakan Dato Sri Wong Soon Koh, calon SUPP yang menang di kerusi Bawang Asan pada pilihan raya ne-geri baru-baru ini- mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet walaupun jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP lantang me- nyuarakan cadangan agar tiada wakil Cina dalam Kerajaan Negeri Sarawak.
“Soon Koh bertanding dan diundi atas tiket Barisan Nasional (BN) bukannya tiket SUPP,” ujar beliau.
Mengulas lanjut mengenai pelantikan menteri kabinet baru-baru ini, Taib berkata semua portfolio sebelum ini dikekalkan bagaimanapun memberitahu ia hanya bersifat sementara sehingga rombakan kabinet dilakukan nanti.
Bagi jawatan yang masih belum diisi, beliau memberitahu beberapa menteri akan memangku jawatan menteri-menteri tertentu sehingga rombakan kabinet dibuat.
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg katanya akan memangku jawatan Menteri Pelancongan manakala beliau sendiri bertanggungjawab terhadap sektor perindustrian di negeri ini.
“Industri akan berada di bawah tanggungjawab saya, kerana ia berkaitan dengan SROCE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak). Sangat banyak kerja-kerja penting yang perlu saya selesaikan sendiri.
“Portfolio lain akan ditentukan sehingga rombakan kabinet dibuat nanti.
“Selepas rombakan nanti banyak perkara lain perlu diteliti dengan lebih mendalam,” jelasnya.
Ditanya sama jawatan Timbalan Ketua Menteri akan diberi kepada SUPP, beliau berkata perkara itu hanya akan difikirkan ketika melakukan rombakan kabinet.
“Buat masa ini semuanya untuk sementara waktu sehingga rombakan sepenuhnya dibuat,” tegas beliau.
Sementara itu Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang ditemui selepas itu memberitahu bahawa majlis mengangkat sumpah bagi menteri-menteri muda yang menang pada pilihan raya negeri lalu akan diadakan 28 April ini.
Bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang katanya, mereka akan mengangkat sumpah pada 14 Jun 2011.
“Maknanya tiada perubahan dalam senarai portfolio kerana rombakan kabinet hanya akan dibuat selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu pada 15 hingga 22 Jun 2011.
“Ini ada logiknya jika orang baru dilantik memegang sesuatu portfolio ia tidak adil (buat mereka yang baru) untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab nanti,” jelasnya.

1 comment:

  1. salam,mohon tuan pautkan link saya,telah saya pautkan link tuan di blog saya,terima kasih :)

    http://www.rajahbinai.blogspot.com

    ReplyDelete