KUCHING: Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 70 bakal calon untuk pilihan raya negeri ke-10 dengan 19 muka baru.
Manakala calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan yang diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diumumkan kemudian.
Senarai yang diumumkan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menyaksikan agihan kerusi di kalangan empat parti komponen BN.
“Mesyuarat mengenai agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen diadakan dalam semangat tradisi (perpaduan),” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagaimanapun tidak menyertai sidang media tersebut.
Daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, PBB diperuntukkan 35 kawasan, SUPP di 19 kawasan, PRS di sembilan kawasan dan SPDP di lapan kawasan.
PBB yang merupakan tunjang BN negeri menampilkan 10 muka baru, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan tujuh muka baru beserta seorang bekas ADUN pernah tewas, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan seorang muka baru, dan SPDP mengekalkan semua penyandang kecuali di Ba’Kelalan.
Muka baru dari PBB yang akan bertanding di Demak Laut ialah Dr Hazland Abang Hipni, Maclaine Ben (Kedup), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Razaili Gapor (Beting Maro), Mohd Radzi Sitam (Saribas), Datu Len Talif Salleh (Belawai), Abdullah Saidol (Semop), Dr Annuar Rapa’ee (Nangka), Ripin Lamat (Lambir) dan Dennis Ngau (Telang Usan).
PBB mengekalkan penyandang terdiri daripada Adenan (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Datuk Daud Abdul Rahman (Tupong), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Satok), Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya), Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (Muara Tuang), Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Dato Sri Michael Manyin Jawong (Tebedu), Naroden Majais (Simunjan), Julaihi Narawi (Sebuyau), Simoi Peri (Lingga), Jabu (Layar), Robert Lawson Chuat (Bukit Saban), Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Murni Suhaili (Daro), Abu Seman Jahwie (Jemoreng), Gramong Juna (Machan), Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Taib (Balingian), Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas), Datuk Talib Zulpilip (Jepak), Dr Stephen Rundi Utom (Kemena), Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari).
SUPP menampilkan tujuh muka baru dengan seorang bekas ADUN yang tewas pada pilihan raya negeri lepas, Datuk Alfred Yap Chin Loi.
Sim Kiang Chiok akan bertanding di Padungan, Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Ling Kie King (Meradong), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Tiong Thai King (Dudong), Ling Kuong Meng (Kidurong).
Yap akan bertanding di Kota Sentosa – kerusi tempat beliau ditewaskan Chong Chieng Jen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
SUPP mengekalkan penyandang Ranum Mina di Opar, Tan Joo Phoi (Batu Kawa), Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Datuk David Teng Lung Chi (Repok), Dato Sri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Goh Chung Siong (Pelawan), Dr Chan (Piasau), Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).
PRS menampilkan seorang muka baru di Pelagus, Stanley Nyitar Malang, menggantikan penyandang Larry Sng. Manakala Alexander Vincent dipertaruhkan semula di Ngemah selepas tewas kepada penyandang Gabriel Adit Demong dari Parti Cinta Malaysia (PCM).
Mereka yang kekal dari parti tersebut ialah Snowdan Lawan (Balai Ringin), Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai), Joseph Mauh Ikeh (Tamin), John Sikie Tayai (Kakus), Dato Sri Dr James Masing (Baleh) dan Liwan Lagang (Belaga).
SPDP mengekalkan tujuh penyandang, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Peter Nyarok Entrie (Krian), Dato Sri William Mawan Ikom (Pakan), Wong Judat (Meluan), Rosey Yunus (Bekenu), Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).
Sementara itu, Adenan berkata, calon-calon tersebut merupakan mereka yang diyakini mampu menang selepas melalui tahap penilaian.
“Semua calon ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 6 April dan disusuli hari pengundian pada 16 April.
Pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006, PBB menang di semua 35 kerusi, SUPP di 12 kerusi, PRS di lapan kerusi dan SPDP menang di semua lapan kerusi.
Lapan kerusi DUN dimenangi DAP, PCM satu kerusi dan Parti Keadilan Rakyat di satu kerusi.
No comments:
Post a Comment