Friday, May 4, 2012

MASIH BOLEHKAH ANWAR NAK JADI PM..?

Lagak bukan main eksen lagi.. Dua kali masuk mahkamah pasal kes liwat last last kena acquitted. Tak cukup bukti je bukan TAK BERSALAH...Duduk sekejap dalam Penjara tapi masih boleh cakap NAK Jadi PM.. Apa kejadah duduk dalam penjara boleh jadi PM..?.Inilah natijah nak sangat nak jadi PM ni.. Pi mai pi mai dok tu jugak dia ni cakap...Tak juga betoi betoi noooo....
Menyingkap kembali perihal kisah seorang MANUSIA yang dulunya pernah hampir meletakkan diri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke -7 namun kecundang di penghujung jalan kerana MEMPUNYAI KEPERIBADIAN yang cukup TAK SEDAR DIRI hingga ditakdirkan tersungkur menyembah bumi.. Ini lah hakikatnya kehidupan seorang yang bernama ANWAR IBRAHIM. 


Dulunya dipanggil Encik Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Menteri Pendidikan dan mendapat gelaran Datuk Seri bila menjengah tampuk kepimpinan tertinggi dalam UMNO. Dulunya semasa beliau di dalam UMNO, sanggup bersumpah setia untuk bersama-sama mendokong kempimpian Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada masa itu Presiden UMNO yang juga orang yang pernah mengangkat beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga orang yang sama yang memecat beliau pada tahun 1998. CERITA ini mungkin sudah dilupakan tapi bak kata pepatah" Sang Kancil mudah lupakan JERAT tapi JERAT tidak MUDAH LUPAKAN SANG KANCIL".

Menyedari peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM rupa-rupanya membentuk satu dendam kesumat ke atas mereka-mereka yang dulunya pernah menjadi rakan seperjuangan dalam UMNO dan BN. Agak menghairankan kenapa beliau boleh berperasaan demikian padahal beliau bukanlah orang pertama yang pernah digugurkan dari jawatan no.2 negara tersebut. Buku 50 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH MENJADI PERDANA MENTERI nukilan Allahyarham KHALID JAFFRI terbitan Mei 1998 mungkin perlu DIBACADIFAHAMI dan DIKAJI SEMULA seperti mana kita mengkaji SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK NEGARA kita sehinggalah kita mencapai KEMERDEKAAN. Mungkin ada KEBENARAN yang tertulis di dalam buku KERAMAT tersebut. Buku yang telah mencacai merba REPUTASI ORANG NO.2 DALAM KERAJAAN hingga ia dikaitkan dengan konspirasi menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri. 
Mungkin ramai tidak membacanya malah saya sendiripun kurang berminat untuk meneliti isi kandungan buku tersebut. Namun apabila Anwar Ibrahim mengetuai BERSIH 3.0, tarikan untuk mengkaji kandungan buku tersebut semakin kuat seolah-olah mahu memberitahu seluruh warga MALAYSIA bahawa ANWAR IBRAHIM sudah ditakdirkan tidak LAYAK untuk mengisi kerusi NO.1 negara itu... MARI kita SAMA-SAMA merenung kembali peristiwa yang berlaku dan kaitannya ke atas apa yang tertulis di dalam buku tersebut satu persatu agar kita mampu MEMAHAMI dan MEMBUAT PILIHAN DEMI MASA DEPAN NEGARA KITA yang TERCINTA ini..
DALIL NO.1 : DENDAM KESUMAT
Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT samada kepada KAWAN dan juga LAWAN. Dendam yang tidak habis habis terhadap TS Sanusi Junid, TS Rahim Tamby Chik,Tun Abdullah Ahmar Badawi dan ramai lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. Kenyataan ini ternyata BENAR jika dilihat bagaimana Anwar Ibrahim sanggup menjatuhkan Tun Ghafar Baba (kini Alllahyarham) semata- mata TAKUTKAN Tan Sri Sanusi Junid sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Isa Abu Samad yang ketika itu (TAHUN 1999) turut menentang gandingan Team Wawasan yang dianggotai oleh DS Najib Tun Razak, TS Muhyiddin Yassin dan TS Mohammad Hj Muhd Taib. Sanusi Junid dan Anwar Ibrahim dulunya merupakan penyokong kuat Tun Daim Zainuddin ketika era kombinasi Tun Musa Hitam-Tengku Razaleigh Hamzah. 
Pada masa itu juga sudah diakui hanya ada tiga pemidato yang hebat dalam UMNO iaitu Tun Mahahir Mohamad, TS Sanusi Junid dan Anwar Ibrahim sendiri. Kehebatan kedua-dua pemimpin itu berucap acapkali menenggelamkan Anwar Ibrahim. Memandangkan Tun Mahathir ketika itu memegang kuasa Presiden UMNO maka saingan terdekat Anwar semestinya Sanusi Junid, tokoh politik UMNO yang paling hebat dan berketrampilan ketika itu.  Ucapan beliau sering menjadi inspirasi kepada perwakilan UMNO.
Ini semestinya menjadi saingan politik yang paling sengit buat Anwar di dalam cita-cita beliau untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya duduk sebagai Presiden UMNO. Apatah lagi Sanusi Junid juga merupakan di antara pesaing Anwar ketika di dalam ABIM. Ini pasti memberikan suasana kurang senang pada Anwar Ibrahim sekiranya Sanusi Junid mendapat sokongan padu para perwakilan untuk dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO yang baru sekiranya Tun Ghafar naik sebagai Presiden UMNO.
Dan sekiranya Tun Ghafar menjadi PM semakin sukarlah untuk Anwar Ibrahim menduduki kerusi No.1 itu kerana gerak geri dan perilaku Tun Ghafar mirip-mirip kepada ketrampilan yang ada pada Sanusi Junid. Anwar Ibrahim takut bila Tun Ghafar melantik Sanusi Junid menjadi TPM maka peluangnya akan turut terkubur padahal Tun Ghafar pada masa itu amat sayangkan Anwar Ibrahim sehinggakan pada satu ketika Sanusi Junid meminta Tun Ghafar menulis surat kepada Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi PM, Anwar akan jadi timbalan beliau dan bukan Sanusi. Anwar dikatakan menolak cadangan tersebut. Bila Tun Ghafar menjadi TPM, beliau melantik Kamaruddin Jaafar , orang kuat Anwar Ibrahim menjadi Setiusaha politik beliau. Bayangkan betapa sayangnya dan baiknya Tun Ghafar kepada Anwar Ibrahim. 

Dan akhirnya Tun Ghafar sendiri jatuh tersungkur kepada Anwar Ibrahim ketika beliau cuba mempertahankan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Betapa kuatnya dendam Anwar Ibrahim kepada Sanusi dengan menguburkan karier politik Tun Ghafar.
Beberapa lagi episode DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim turut terlakar di dalam lipatan sejarah hitam UMNO dan Kerajaan seperti berikut:
1.Tun Ghafar sehingga beliau meninggal dunia tidak MEMAAFKAN KESALAHAN Anwar Ibrahim yang telah MENGGULINGKAN beliau dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
2. Anwar Ibrahim menggunakan kroni beliau, Zaharah Sulaiman untuk menjatuhkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Ketua Wanita UMNO.
3.Pengarang media milik UMNO ditukarkan kepada mereka -mereka yang bersekutu dengan beliau sebagai membalas dendam ke atas liputan yang kurang diberikan kepada beliau berbanding Perdana Menteri Tun Mahathir pada masa itu.
4. Pemimpin politik yang dulunya pernah bersama-sama beliau turut dijatuhkan dengan rancangan penuh jelik seperti yang berlaku ke atas TS Rahim Tamby Chik, Suhaimi Kamaruddin semasa beliau memegang jawatan TImbalan Presiden UMNO.
5. Bagi mempercepatkan rancangan untuk menduduki Kerusi Presiden, beliau sanggup merancang  untuk menjatuhkan barisan kepimpinan peringkat bahagian dengan menyokong kroni beliau.
6. Beberapa pegawai kanan dalam Kementerian Pendidikan digantikan oleh para kroni Anwar  menyebabkan mereka turut berdendam dengan Anwar.
7. dan banyak lagi peristiwa yang berlaku kesan daripada tindakan DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim..Hanya Tuhan sahaja yang tahu....
Kerana dendam kesumat itu jugalah Anwar Ibrahim mengambil langkah drastik menentang Tun Mahathir bagi merebut kerusi Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 1998 yang turut memperlihatkan " the true colors of Anwar Ibrahim"..... 
Kini ,Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang bagi Pakatan Rakyat (PR). Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri terus menjadi dasar perjuangan beliau sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara kepada negara asing. Kenapa beliau sanggup berbuat demikian..? DENDAM KESUMAT beliau masih belum padam pada orang-orang ini:
1. Matan Tun Mahathir kerana telah memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan TImbalan Presiden UMNO pada tahun 1998.
2. Datuk Ibrahim Ali, rakan lama beliau dalam ABIM yang secara terang-terangan mahukan beliau dipecat dari UMNO kerana disabitkan dengan tuduhan LIWAT.
3. TS Rahim Tamby Chik dan Datuk Eskay kerana membelasah beliau dengan video seks dengan pelacur Cina.
4. Shamsul Bahari, Pembantu Sulit beliau kerana membongkar rahsia pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim dan bersumpah laknat sehingga memaksa Anwar Ibrahim memendam rasa kerana tidak sanggup bersumpah laknat.
5. Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali, wanita yang turut memainkan peranan menjatuhkan beliau dari tampuk kuasa TPM.
6. Khairy Jamaaluddin , Ketua Pemuda UMNO yang sudah beberapa kali memalukan beliau di Parlimen akibat kesilapan fakta.
7. Datuk Nallakaruppan  yang dulunya sahabat karib Anwar Ibrahim yang menyimpan banyak rahsia tentang beliau.
8. Ezam Mohd Noor, orang kanan Anwar Ibrahim sewaktu dalam UMNO yang kini pergi meninggalkan beliau untuk menyertai UMNO semula, tamparan cukup besar untuknya.


9.Raja Petra Kamaruddin,blogger dulunya pro-Anwar kini mengambil sikap berkecuali setelah Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti ke ats atas tuduhan yang dibuat beliau kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan kes pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan kes pembunuhan Atantuya Sharibu.
10. DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK, Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya mengambil tampuk pemerintahan negara daripada matan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga beria-ia mahu berdebat dengan beliau kerana beranggapan PM Malaysia itu mudah diganyang semata-mata kerana PM dulunya adalah anak didik beliau.
11. TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang turut tidak disenangi kerana berjaya mengikuti grand design yang dibuat oleh Tun Mahathir kepada Team Wawasan bagi peralihan kuasa pucuk pimpinan UMNO.
12. Ramai lagi pemimpin yang bakal di cincang lumat oleh Anwar Ibrahim sekiranya beliau berjaya menduduki Putrajaya. 
Yang pasti DENDAM KESUMAT itulah yang memberikan semangat kepada beliau untuk terus berjuang bukan untuk negara, bukan untuk bangsa dan agama tetapi untuk memenuhi hasrat untuk membalas dendam beliau kepada mereka mereka yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan beliau. Dengan menggunakan parti pembangkang, beliau sekali mencuba untuk menduduki Kerusi Perdana Menteri namun atas kehendak ALLAH SWT beliau tetap gagal untuk mendapatkannya.. Mahukah rakyat bertuankan seorang pemimpin yang punya sikap hasad dengki semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri untuk membalas dendam..? Tepuk dada tanyalah selera....
Walaupun Anwar Ibrahim beberapa kali menyatakan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas musuh beliau jika berjaya menjadi PM, bolehkah kata -kata beliau dipercayai? Ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 1998 sudah cukup menyatakan bahawa apa yang diucapkan beliau hanyalah permainan poltik kolot yang memualkan. 
Yang pasti Anwar Ibrahim bakal pening kepala dan tidak tidur lena pada Pilihanraya Umum ke 13 kali ini........Masih relevankah Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Mungkin Ataupun hanya sekadar bermimpi di siang hari.......
DALIL 2: PENENTANG...DI ARTIKEL SETERUSNYA.......

11 comments:

  1. Dendam, but not to Abdullah Badawi and his son-in-law, he had will reward them instead...i bet on this

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAKYAT DIINGATKAN SUPAYA JANGAN SOKONG PAKATAN HARAM

      Delete
  2. Deneam yg paling membuak sekali pada Tun coz Tun yang pecat sampai licin. Kira kira dendam anwar ni macam marahnya iblis apabla ALLAH buang dia dari syurga. Jadi kalau anwar jadi PM dia ada cek list mangsa yg dia akan liwat. Dari lantik Anwar jadi PM lebih baik lantik Mat Sabu, Sekurang kurangnya mat sabu lipat pompuan je tapi bini kwan le tapi dia tak sondol jubur tahiiiikkkkkk.

    ReplyDelete
  3. aku sangat pelik kenapa penyokong pakatan rakyat ni tak insaf2. banyakkanlah sembahyang minta petunjuk Allah.

    ReplyDelete
  4. Hang apa tahu tentang Anwar cuma dengar cakap2 orang dan lihat laporan2 dalam media yang lebih kepada membenci Anwar, cubalah hang guna fikiran, istikamah dalam kebenaran minta petunjuk, cubalah2, timbanglah2 dengan seadil2nya. Gambar awal seseorang insan lihat penampilannya, cara hidup keluarganya, cara2 mendidik mengajarnya anak2nya. Adakah anak2 anwar kaki joly, kaki judi,ada saham tempat judi, ada saham syarikat minuman keras beer, tinggalkan solat 5 waktu. Jadi tengok lah lihatlah yang zahir, macam mana perhatian orang ramai terhadap anwar. Tak panggil orang datang tengok lihat anwar berucap dengan kebenaran. Konco2 Dr Mahathir tidak dapat bunuh karier politik Anwar kecuali Allah SWT, yakinlah pada kebenaran dan keadilan, insaf2lah wahai hang2 yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latarbelakang keluarga dan salasilah hero hang ni mcm lain macam aje..adek beradek dia sume hampeh..tapi kaya raya..bapak dia skandal ngan indon..keluarga 69 lagi nampak lebih ok..keluarga dia ni aku tengok memang luar tabii mcm perangai dia jugak...balun bini orang, meliwat..main ngan pelacur, china doll...membohong sana sini..mengajar budaya memfitnah...merosak bangsa melayu..salah sendiri tak ngaku, tp cari salah orang dia no 1...sekongkol ngan kapir dan yahudi..dia ingat dia hero tamil ka..ini bumi melayu, muslimin dan muslimah..suruh dia bertaubat sebelum terlambat...ataupun paling mudah...tunjuk jam omega, berani bersumpah..pergi ke mekah..sesungguhnye doa orang2 yang dianiya pasti akan tuhan kabulkan...tp klu asek nak menaya orang..sindiri mau ingat la..so long brader..

      Delete
    2. 'bias' dan sumber informasi yang tidak seimbang...apatah lagi media di Malaysia ini juga memerlukan pembaca dan pemerhati yang lebih tinggi inteleknya untuk semak dan imbang ( check and balance). sememangnya tiada siapa yang maksum sempurna termasuk yang menjadi pemimpin sekarang...namun terpulang kepada rakyat menilai dan memilih siapa yang mereka terima atas dasar 'bukti' dari pelbagai sumber dan hakikat firasat yang ada di benak jiwa...di sini kita lihat saudara Anwar diberi perwatakan protagonist dlm cerita politik...oleh manusia sbg pengarah dan pelakon...ttp rakyat yang telah dididik dengan 'ilmu' dan memegang teguh kpd al Quran, tak mudah 'buta' dan 'jahil' kpd berita berat sebelah tanpa mendengar penjelasan dari mereka yang difitnah...sesungguhnya Allah swt Yang Maha Melihat dan Maha Adil...Dia benarkan iblis dan syaithon menggoda manusia kpd dosa. Maka, yang ternyata umpama 'sebelah kaki ada di dlm neraka jahannam' adalah para pemimpin yg tidak adil....wallahua'lam

      Delete
  5. aku xfaham kenapalah terutamanya puak Pas percaya bulat2 ngan kata2 mangkuk nuar ni..bila anwar kata fitnah die org angguk. apa jenis manusia si anwar ni..skrg sudah berani menyelinap ke surau2 tuk bagi 'tazkirah' .. Ya Allah semoga negara ini kekal dengan pemimpin yang baik agar negara ini terus aman & sejahtera ..Aminnnn

    ReplyDelete
  6. AnonymousJanuary 31, 2013 at 6:04 PM....sila jawab

    ReplyDelete
  7. Jangan jadi jahil macai umno tak layak menghakimi orang ramai pemimpin umno yang pernah dipecat tapi seorang je yang lawan kenapa lawan kalau salah? Apa kuasa yang ada pada anwar untuk sorokkan mesalahan dia tapi ternyatabdianlawan kerana dia di pihak yang benar dan tak pernahbtakut kacai umno cermin diri tengok dan bezakan jangan jadi jahil percaya buta2 kepada satu sumber jahil ni akan makan diri sendiri nanti

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Ulama dunia PERCAYA DS Anwar ibrahim,pertama skli,nabi muhammad bg hadis,alim ulama adalah waris bg nabi.. jadi kalau alim ulama percaya anwar ibrahim akan memerintah ikut landasan islam,adakah anda2 yg hanya umat biase,yg hanye khatam Al-Quran akan menentang kenyataan alim ulama yakni PEWARIS NABI MUHAMMAD apabila mereka berpihak pd DS Anwar ibrahim.? sy hanye mengikut manusia yg disokong oleh pewaris nabi.

    ReplyDelete