Sunday, September 11, 2011

Budaya DaP Dari Semanjung sampai ke Masjid Sekitar petra jaya kuching

 
 
Ketika umat Islam seluruh Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang aman dan tenteram, DAP dan Pakatan Pembangkang telah mengambil peluang dengan menyebarkan pengaruh politik mereka di masjid-masjid ketika sembahyang Jumaat lepas.

Pada 9 September 2011, jam 1250 hingga 1315 telah dikesan seramai 5 orang Pemuda DAP yang berketurunan Cina yang diketuai Wong King Wei, ADUN Padungan telah menyebarkan risalah-risalah politik di beberapa masjid di Kuching.

Sikap terdesak dan kurang ajar DAP dan Pakatan Pembangkang itu dilakukan dengan mengedar risalah politik semasa umat Islam bersembahyang Jumaat di beberapa buah masjid di Bandaraya Kuching. Antaranya masjid yang menjadi tumpuan DAP dan Pakatan Pembangkang mengedarkan risalah politik ialah Msjid Jamek, Masjid Tabuan, Masjid Matang dan Masjid Bahagian Kuching.

Tindakan DAP dan Pakatan Pembangkang mengedarkan risalah itu telah dianggap kurang ajar dan melampau. Mereka tidak melihat sensitiviti orang Islam yang menggunakan masjid sebagai tempat beribadah dan bukannya tempat berpolitik. Lebih memburukkan lagi keadaan, pekerja atau mereka yang ditugaskan DAP dan Pakatan Pembangkang untuk menghantar dan menyebarkan risalah politik itu adalah bukan beragama Islam. Perbuatan DAP dan Pakatan Pembangkang boleh mencetuskan isu perkauman sekiranya tidak ditangani dengan sepenuhnya.

Ini telah menimbulkan perasaan kurang senang jemaah yang hadir ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Difahamkan kejadian ini telah berlaku sejak 3 minggu lalu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Atas rasa bertanggungjawab terhadap tindakan DAP dan Pakatan Pembangkang yang keterlaluan dan kurang ajar, Pemuda PBB Sarawak telah mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Gita. Laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Ketua Pemuda PBB Sarawak, Wan Hamzah Wan Paie pada Sabtu, 10 September 2011. 

Seperti biasa, Pakatan Pembangkang Sarawak kian terdesak untuk meluaskan pengaruhnya di kalangan umat Islam dan orang Melayu. Melihat kepada keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak lepas, mendapati majoriti orang Melayu sekeras-kerasnya menolak kehadiran Pakatan Pembangkang di kawasan mereka. Keputusan DAP sebelum ini yang mahu meluaskan pengaruhnya di kawasan Melayu dan Bumiputera Sarawak bersandarkan kepada kurangnya sokongan yang mereka perolehi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10.

Sikap Pakatan Pembangkang Sarawak dengan Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia tiada jauh bezanya. Apa yang dilihat di Semenanjung, itulah yang dapat digambarkan di Sarawak. Pakatan Pembangkang Sarawak telah mendapat hidayah daripada rakan mereka di Semenanjung bagi mencapai cita-citanya untuk menakluk pentadbiran Malaysia. 






Tuesday, September 6, 2011

Abu Bekir sedia bertanding di Parlimen Mukah

Tokoh korporat terkemuka Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib menyatakan kesediaan beliau untuk dicalonkan di Parlimen Mukah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS) itu menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat dan Negeri untuk membuat keputusan.
“Selain membesar dalam suasana politik, saya memang meminati serta mengikuti perkembangan politik negara sejak dahulu.
“Saya menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kuching ketika berusia 19 tahun. Sejak itu minat terhadap politik kian berkembang,” ujarnya.
Justeru, Mahmud Abu Bekir tidak menolak untuk dicalonkan di Parlimen Mukah andai itu yang diminta oleh penduduk di sini.
“Jika itu permintaan majoriti, saya bersedia. Selama ini pun saya berkhidmat di sini secara tidak langsung menerusi projek-projek pembangunan seliaan CMS.
“Apatah lagi daerah ini merupakan tempat asal keluarga saya. Saya bersedia untuk dicalonkan sama ada di Parlimen Mukah atau di mana sahaja,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa diminta Utusan Borneo mengulas ucapan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di The Grand, Kingwood Resorts, di sini semalam.
Abdul Taib memberitahu bahawa beliau membawa Mahmud Abu Bekir ke majlis-majlis rasmi di sini untuk memberi pendedahan kepada anak keduanya itu tentang senario mutakhir politik tempatan.
Pada masa sama, beliau mahu Mahmud Abu Bekir menabur khidmat kepada bumi kelahiran moyangnya (Mukah) menerusi politik.
Sementara itu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan gembira dengan kesediaan Mahmud Abu Bekir untuk berkecimpung secara langsung dalam politik.
“Latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman serta pergaulan beliau (Mahmud Abu Bekir) yang luas merupakan kelebihan besar kepada BN.
“Tanpa penafian, beliau berpotensi besar untuk dicalonkan sama ada di sini atau kawasan lain dalam PRU akan datang,” tambah Naib Presiden Kanan PBB itu.