Friday, April 22, 2011

BN mahu pastikan semua kaum diwakili

KUCHING: Barisan Nasional (BN) tidak akan melupakan komitmennya sebagai kerajaan gabungan yang memastikan semua kaum di negara ini diwakili dalam kerajaan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ke-rajaan mesti sedaya upaya menjadi contoh dan kekal sebagai kerajaan pelbagai kaum agar semua rakyat tanpa mengira bangsa terus maju dan perpaduan kukuh.
Beliau menambah, BN bukan sebuah pakatan yang diibaratkan berada di bawah satu bumbung tetapi tidak sehaluan sebaliknya mempunyai manifesto yang sama serta bekerja sama dalam pentadbiran (sesebuah negara).
“Pada 1969 ketika MCA kalah teruk kamu (media) tahu apa yang Perdana Menteri yang pertama (Tunku Abdul Rahman) katakana, ‘saya akan kekal me-nyokong MCA walaupun jika hanya satu (wakil) MCA tinggal’,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Menurut Taib, BN bukan ke-rajaan gabungan yang hanya dibentuk selepas pilihan raya bagi menepati tuntutan situasi selepas pilihan raya.
BN katanya, akan melakukan segala persiapan bagi menghadapi pilihan raya seterusnya dan berdiri sama atau kekal bersama semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya.
“Tidak akan ada satu pun komuniti akan dipinggirkan… ya, sekurang-kurangnya cuba me-lakukannya.
“Pada masa anda mengaku kalah, ia pasti akan memberi kesan yang tidak baik kepada kita (kerajaan),” ujarnya.
Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) agar tiada wakil Cina dilantik dalam kerajaan berikutan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Ne-geri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.
SUPP hanya menang enam kerusi daripada 19 kerusi yang ditandinginya iaitu Opar, Bengoh, Engkilili, Simanggang, Bawang Assan dan Senadin.
Lebih mengejutkan presiden parti, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan gagal mem- pertahankan kerusi Piasau selepas tewas kepada muka baru Parti Tindakan Demokratik (DAP) Ling Sie Kiong dengan majoriti 1,590.

No comments:

Post a Comment