Monday, April 25, 2011

Senjata rahsia PAS untuk kerusi Parlimen Sarawak?

Inilah bentuk amal fisabilillah PAS... Takrif fisabilillah itu diletakkan di tempat salah, perjuangan menentang kepimpinan Islam sedia ada dijadikan alasan untuk memungut derma.. Supaya umat Islam akan menjadi lebih 'terjamin di akhirat' seperti yang dibuat oleh Bob Lokman. untuk seterusnya click ke sini

Saturday, April 23, 2011

Don’t just whine, lodge petition to Election Commision, Daud tells PKR

KUCHING:  Datuk Daud Abdul Rahman told PKR to write a petition to the Election Commission (EC) if it wants to complain about alleged irregularities that occurred in the just-concluded state election.
The Tupong assemblyman and PBB vice president said putting up a formal complaint was the proper thing to do instead of making public outbursts.
He claimed that PKR’s baseless allegations were calculated to distance people from the BN fold.
“We are a democratic country. We have laws and PKR should act according to the law and send a petition to the EC instead of putting up blames and making baseless allegations.
“If they really believe that such claims are true, then file petitions to the EC,” he said when contacted by Utusan Borneo yesterday.
Daud, who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Office (Islamic Affairs), was commenting on a report where PKR’s state Women chief Nurhanim Moksen claimed that the said irregularities (during polling day) had contributed to PKR’s losses.
“Intimidation and money politics were among the contributing factors to PKR’s losses. We may have to lodge police reports over these allegations,” Nurhamin told a press conference on Friday.
On a related note, Daud advised the party to go to the ground and interview the whole people in the affected constituencies and not just listen to their own supporters.
“As far as I’m concerned, BN does not condone such politics. We run our campaign in a fair and clean manner. Whichever candidates the voters voted for are entirely their rights,” he stressed.
Taking his own constituency of Tupong as an example, Daud highlighted that his opponent Baharuddin Mokhsen (PKR) had himself expressed his appreciation that voters had duly exercised their rights during polling day.
“Don’t tell me now that it’s all said and done, suddenly they are not satisfied and start to make baseless accusations,” he continued.
In the 10th state election, Daud defeated Baharuddin in a straight fight with a 4,551 vote majority. Daud received 8,304 votes while Baharuddin, 3,753 votes

Friday, April 22, 2011

BN mahu pastikan semua kaum diwakili

KUCHING: Barisan Nasional (BN) tidak akan melupakan komitmennya sebagai kerajaan gabungan yang memastikan semua kaum di negara ini diwakili dalam kerajaan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ke-rajaan mesti sedaya upaya menjadi contoh dan kekal sebagai kerajaan pelbagai kaum agar semua rakyat tanpa mengira bangsa terus maju dan perpaduan kukuh.
Beliau menambah, BN bukan sebuah pakatan yang diibaratkan berada di bawah satu bumbung tetapi tidak sehaluan sebaliknya mempunyai manifesto yang sama serta bekerja sama dalam pentadbiran (sesebuah negara).
“Pada 1969 ketika MCA kalah teruk kamu (media) tahu apa yang Perdana Menteri yang pertama (Tunku Abdul Rahman) katakana, ‘saya akan kekal me-nyokong MCA walaupun jika hanya satu (wakil) MCA tinggal’,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Menurut Taib, BN bukan ke-rajaan gabungan yang hanya dibentuk selepas pilihan raya bagi menepati tuntutan situasi selepas pilihan raya.
BN katanya, akan melakukan segala persiapan bagi menghadapi pilihan raya seterusnya dan berdiri sama atau kekal bersama semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya.
“Tidak akan ada satu pun komuniti akan dipinggirkan… ya, sekurang-kurangnya cuba me-lakukannya.
“Pada masa anda mengaku kalah, ia pasti akan memberi kesan yang tidak baik kepada kita (kerajaan),” ujarnya.
Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) agar tiada wakil Cina dilantik dalam kerajaan berikutan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Ne-geri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.
SUPP hanya menang enam kerusi daripada 19 kerusi yang ditandinginya iaitu Opar, Bengoh, Engkilili, Simanggang, Bawang Assan dan Senadin.
Lebih mengejutkan presiden parti, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan gagal mem- pertahankan kerusi Piasau selepas tewas kepada muka baru Parti Tindakan Demokratik (DAP) Ling Sie Kiong dengan majoriti 1,590.

Thursday, April 21, 2011

Taib mahu wakil Cina

KUCHING: Wakil komuniti Cina tetap akan dilantik dalam kabinet negeri walaupun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak berganjak dengan keputusannya ti-dak mahu ada wakil kaum itu dalam kerajaan negeri.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tetap akan menunaikan janjinya mahu membantu komuniti Cina menda-patkan wakil dalam kerajaan.
Malah katanya, SUPP tiada kuasa untuk menyatakan sama ada mereka setuju atau tidak wakil Cina dilantik dalam kabinet Sarawak.
“Apa hak mereka (SUPP) untuk berkata begitu. Mereka bersetuju atau tidak ada wakil Cina dalam ke-rajaan, saya tetap akan tunaikan janji mahu membantu Cina bagi menda-patkan wakil yang adil dalam ke-rajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Taib turut mempertahankan tindakan Dato Sri Wong Soon Koh, calon SUPP yang menang di kerusi Bawang Asan pada pilihan raya ne-geri baru-baru ini- mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet walaupun jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP lantang me- nyuarakan cadangan agar tiada wakil Cina dalam Kerajaan Negeri Sarawak.
“Soon Koh bertanding dan diundi atas tiket Barisan Nasional (BN) bukannya tiket SUPP,” ujar beliau.
Mengulas lanjut mengenai pelantikan menteri kabinet baru-baru ini, Taib berkata semua portfolio sebelum ini dikekalkan bagaimanapun memberitahu ia hanya bersifat sementara sehingga rombakan kabinet dilakukan nanti.
Bagi jawatan yang masih belum diisi, beliau memberitahu beberapa menteri akan memangku jawatan menteri-menteri tertentu sehingga rombakan kabinet dibuat.
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg katanya akan memangku jawatan Menteri Pelancongan manakala beliau sendiri bertanggungjawab terhadap sektor perindustrian di negeri ini.
“Industri akan berada di bawah tanggungjawab saya, kerana ia berkaitan dengan SROCE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak). Sangat banyak kerja-kerja penting yang perlu saya selesaikan sendiri.
“Portfolio lain akan ditentukan sehingga rombakan kabinet dibuat nanti.
“Selepas rombakan nanti banyak perkara lain perlu diteliti dengan lebih mendalam,” jelasnya.
Ditanya sama jawatan Timbalan Ketua Menteri akan diberi kepada SUPP, beliau berkata perkara itu hanya akan difikirkan ketika melakukan rombakan kabinet.
“Buat masa ini semuanya untuk sementara waktu sehingga rombakan sepenuhnya dibuat,” tegas beliau.
Sementara itu Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang ditemui selepas itu memberitahu bahawa majlis mengangkat sumpah bagi menteri-menteri muda yang menang pada pilihan raya negeri lalu akan diadakan 28 April ini.
Bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang katanya, mereka akan mengangkat sumpah pada 14 Jun 2011.
“Maknanya tiada perubahan dalam senarai portfolio kerana rombakan kabinet hanya akan dibuat selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu pada 15 hingga 22 Jun 2011.
“Ini ada logiknya jika orang baru dilantik memegang sesuatu portfolio ia tidak adil (buat mereka yang baru) untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab nanti,” jelasnya.

Wednesday, April 20, 2011

PERKASA: 'Cina balas susu dengan tuba



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya
 jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan jugawajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya.
Kenyataannya itu adalah yang terbaru berikutan rentetan beberapa siri artikel yang diterbitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bermula Ahad lalu dalam ruang kolum oleh 'Awang Selamat' supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya,

'Awang Selamat' - nama sama yang digunakan oleh para editor Utusan berkata sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan bahawa masyarakat berkenaan bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka di bidang ekonomi tetapi juga mahu menjadi dominan dalam bidang politik.

Monday, April 18, 2011

SNAP hilang wang pertaruhan kerana ketamakan anwar



SNAP boleh menyalahkan anwar, penasihat Pkr kerana kehilangan teruk wang pertaruhan dalam PRN Sarawak.

Seramai 71 orang calon hilang wang pertaruhan dalam PRN itu. Ia termasuk 24 dari SNAP, 6 dari PKR, 4 dari PCM dan 37 dari bebas.

Sikap memburuk-burukkan SNAP oleh anwar dan kuncu-kuncunya juga amat dikesali. Dari awal, PKR tidak ikhlas membuat perbincangan mengenai kerusi yang ditandingi yang akhirnya tidak menguntungkan SNAP dan PKR.

Akibat tidak ikhlas ini juga menjadikan PKR ditolak rakyat dan hanya memenangi 3 kerusi sahaja.

Pkr dilihat terlalu angkuh dan menolak banyak usaha perancangan SNAP untuk mengambil alih Sarawak


Monday, April 11, 2011

Kami nak jajah tupong


Di atas adalah suasana ceramah Anwar di Kampung Pinang Jawa , Jalan Bunga Tanjung Sebentar tadi...
Seperti biasa topic biasa mengenai pucuk pimpinan negeri Sarawak dan pembangunan dimainkan...

Pempuan yang bertudung kuning tu exco atau menteri negeri Selangor iaitu Yb Roziah Ismail , dari mula ceramah beliau mengutuk pemerintahan Negeri Sarawak dan memuji cara pemerintahan negeri Selangor dan menurut  beliau Selangor FREE rasuah!

Beliau berjanji akan membawa keadah pemerintahan negeri Selangor ke Negeri Sarawak!!!!
 Tadi juga calon PKR Tupong Baharudin Mokshen telah dilantik mereka menjadi yb ADUN N6 Tupong dengan gelaran Datuk manakala Anwar dilantik menjadi PM...penin juak palak pikir , belum betanding gik...mungkin untuk memotivasi calon.? tak lak  risau sa



Tapi yang merisaukan  adalah  :
MANIFESTO PRU 12 MEREKA LAGI MASIH TIDAK DILAKSANAKAN.(Kerajaan Negeri Selangor)
1)      Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
2)      Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan.
3)       Elaun anak yang memasuki pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan.
4)      Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
5)      Elaun khas ibu tunggal.
6)       Bantuan kewangan untuk anak muda ingin berkahwin.
7)      Bantuan geran untuk perniagaan.
8)      Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.

   PENYELEWENGAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR.

1)      Perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor yang dimurkai oleh Sultan Selangor berjumlah RM800,000.
2)      Laporan audit yang terbaru  menunjukkan kos menyelenggara 9 buah bas dan 6 kereta Yayasan Selangor berjumlah RM6 juta.

Waduh waduh hancurlah Sarawak tiru ini!!!! belum cita pasir dahlah Sarawak banyak pasir 
membawa budaya pkr ke sarawak




calon N6 tupong

 

Semalam kami berpeluang mengikuti dua program Datuk Daud Abdul Rahman (penyandang ADUN N6 Tupong) iaitu bersama-sama warga pendidik bagi melaksanakan program Tuisyen N6 Tupong disebelah pagi.

Sejarah perlaksanaan program tersebut berintis dari  tahun 2007 dimana Datuk Daud telah mengamanahkan kepada SMK Tunku Abdul Rahman  untuk menjalankan kelas tusyen bagi pelajar-pelajar menengah bagi kawasan Tupong.
Pada permulaannya dilaksanakan untuk kelas malam sahaja , pada tahun 2010 PIBG SMK Tunku Abdul Rahman telah menukar pendekatan berbeza di mana melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 1 dan 8 orang guru..dan pada tahun 2011 persetujuan muafakat telah dicapai di mana peruntukan yang disalurkan oleh Daud diagih sama rata kepada 6 buah sekolah menengah kawasan Tupong.!

Turut hadir adalah Pengetua-pengetua dari 6 buah Sekolah Menengah Kawasan N6 Tupong iaitu Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Matang hilir , SMK Petra Jaya ,SMK Matang Jaya , SMKA SHOAW dan SMKA Matang , dan wakil Baitulmal .


http://alehkayong.blogspot.com/

Wednesday, April 6, 2011

N6 TUPONG DUA PENJURU



Sebentar tadi telah tamat proses penamaan calon bagi DUN N6 Tupong.
Adun penyandang iaitu YB Datuk Daud Abd Rahman mewakili BN diiringi lebih kurang 2000 orang penyokong manakala parti lawan diwakili oleh Baharudin Mokhsen yang diiringi lebih kurang 60 - 70 orang (mewakili PKR).Baharudin pernah menentang Datuk Daud pada tahun 1991 dan tewas teruk.
Suasana meriah macam pesta bendera biru terserla


kelihatan juga Ahli Parlimen Petra Jaya YB Fadillah Yusuf yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi mengiringi calon BN.

Alhamdulilah ..semua berjalan dengan lancar , cuma insiden di mana  dengan bilangan yang kecil penyokong PKR telah menjerit melolong mencemuh calon BN. (Budaya Pakatan Haram agaknya !!!).

 Namun dibalas oleh Datuk Daud dan Penyokong BN dengan senyuman

Sunday, April 3, 2011

19 muka baru dicalonkan

KUCHING: Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 70 bakal calon untuk pilihan raya negeri ke-10 dengan 19 muka baru.
Manakala calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan yang diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diumumkan kemudian.
Senarai yang diumumkan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menyaksikan agihan kerusi di kalangan empat parti komponen BN.
“Mesyuarat mengenai agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen diadakan dalam semangat tradisi (perpaduan),” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagaimanapun tidak menyertai sidang media tersebut.
Daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, PBB diperuntukkan 35 kawasan, SUPP di 19 kawasan, PRS di sembilan kawasan dan SPDP di lapan kawasan.
PBB yang merupakan tunjang BN negeri menampilkan 10 muka baru, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan tujuh muka baru beserta seorang bekas ADUN pernah tewas, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan seorang muka baru, dan SPDP mengekalkan semua penyandang kecuali di Ba’Kelalan.
Muka baru dari PBB yang akan bertanding di Demak Laut ialah Dr Hazland Abang Hipni, Maclaine Ben (Kedup), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Razaili Gapor (Beting Maro), Mohd Radzi Sitam (Saribas), Datu Len Talif Salleh (Belawai), Abdullah Saidol (Semop), Dr Annuar Rapa’ee (Nangka), Ripin Lamat (Lambir) dan Dennis Ngau (Telang Usan).
PBB mengekalkan penyandang terdiri daripada Adenan (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Datuk Daud Abdul Rahman (Tupong), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Satok), Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya), Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (Muara Tuang), Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Dato Sri Michael Manyin Jawong (Tebedu), Naroden Majais (Simunjan), Julaihi Narawi (Sebuyau), Simoi Peri (Lingga), Jabu (Layar), Robert Lawson Chuat (Bukit Saban), Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Murni Suhaili (Daro), Abu Seman Jahwie (Jemoreng), Gramong Juna (Machan), Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Taib (Balingian), Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas), Datuk Talib Zulpilip (Jepak), Dr Stephen Rundi Utom (Kemena), Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari).
SUPP menampilkan tujuh muka baru dengan seorang bekas ADUN yang tewas pada pilihan raya negeri lepas, Datuk Alfred Yap Chin Loi.
Sim Kiang Chiok akan bertanding di Padungan, Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Ling Kie King (Meradong), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Tiong Thai King (Dudong), Ling Kuong Meng (Kidurong).
Yap akan bertanding di Kota Sentosa – kerusi tempat beliau ditewaskan Chong Chieng Jen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
SUPP mengekalkan penyandang Ranum Mina di Opar, Tan Joo Phoi (Batu Kawa), Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Datuk David Teng Lung Chi (Repok), Dato Sri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Goh Chung Siong (Pelawan), Dr Chan (Piasau), Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).
PRS menampilkan seorang muka baru di Pelagus, Stanley Nyitar Malang, menggantikan penyandang Larry Sng. Manakala Alexander Vincent dipertaruhkan semula di Ngemah selepas tewas kepada penyandang Gabriel Adit Demong dari Parti Cinta Malaysia (PCM).
Mereka yang kekal dari parti tersebut ialah Snowdan Lawan (Balai Ringin), Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai), Joseph Mauh Ikeh (Tamin), John Sikie Tayai (Kakus), Dato Sri Dr James Masing (Baleh) dan Liwan Lagang (Belaga).
SPDP mengekalkan tujuh penyandang, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Peter Nyarok Entrie (Krian), Dato Sri William Mawan Ikom (Pakan), Wong Judat (Meluan), Rosey Yunus (Bekenu), Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).
Sementara itu, Adenan berkata, calon-calon tersebut merupakan mereka yang diyakini mampu menang selepas melalui tahap penilaian.
“Semua calon ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 6 April dan disusuli hari pengundian pada 16 April.
Pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006, PBB menang di semua 35 kerusi, SUPP di 12 kerusi, PRS di lapan kerusi dan SPDP menang di semua lapan kerusi.
Lapan kerusi DUN dimenangi DAP, PCM satu kerusi dan Parti Keadilan Rakyat di satu kerusi.