Monday, March 28, 2011

PRU Sarawak: PAS perasan nak menang 6 kerusi

Selepas meronda-ronda di kawasan dun Tupong pagi ini , ak mengesahkan kelihatan bendera pas terpacak tengah-tengah bulatan berhadapan dengan pasaraya emat Matang .Kuching.

"Yakin tetap yakin , kalah pasti kalah". Inilah kata wak yang menjual mee jawa depan emat tadi, apabila diaju soalan, macammana pandangan beliau mengenai Pas yang ingin bertapak di Sarawak.

Pas begitu yakin dapat menawan Sarawak kali ni walaupun setelah Presiden mereka menghina rakyat Sarawak semasa mereka kalah dengan hilang deposit semasa prk terdahulu.Menurut Presiden Pas , Hadi Awg rakyat Sarawak masa itu masih bodoh dan bercawat ,sebab itu tidak dapat menilai parti mereka sebagai parti pembela rakyat yang berjuang sejujur-jujurnya.

Sasaran terkini mereka adalah 6 kawasan termasuk dun Tupong , Sadong , Senadin , Jepak , Beting Maro dan Sebuyau.

Jadi mungkin antara strategi mereka kali ini adalah dengan memacak terus bendera parti mereka sejurus saja pembubaran di umumkan.

Mungkin mereka berpendapat dengan cara ini mereka mampu menawan hati rakyat sarawak yang mereka anggap lembab iq dan masih bercawat khususnya di kawasan Petra Jaya , Kuching..N6 Tupong.

Rasa-rasanya betulkah kerja tok?!!

SPR belum umum 'apa-apa' lagi bendera dah terpacak???.. Belum memerintah dah tunjuk sikap samseng.

Bak kata orang Sarawak " SIK KU MUJI PERANGE TOK"..



http://alehkayong.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment