Belum pun sempat DAP menamakan calon mereka di Batu Kawa, PKR sudah menunjukkan keangkuhan mereka di kawasan ini dengan memulakan kempen dan memasang semua bendera PKR.
Rugutan dari penyokong DAP yang tidak berpuas hati mulai kedengaran, kerana kerusi DUN Batu Kawa memang tempat DAP berjuang sejak sekian lama.
Sikap angkuh PKR dan Baru Bian mula menarik perhatian rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Bahkan sampat saat ini, Baru Bian masih berteka-teki untuk menamakan calon PKR yang akan bertanding. Kerana hajat PKR untuk menguasai kerusi DUN telah disanggah oleh SNAP yang bertindak menamakan calon tanpa menunggu persetujuan PKR.
Bagi penduduk majoriti cina di Bandar raya Kuching, DAP adalah parti yang paling ‘steady’ kerana tidak mengamalkan politik maki hamun sepertimana yang diamalkan PKR.
Percaturan antara PKR dan DAP dijangka cukup menarik, kerana DAP memiiki penyokong yang cukup kuat di kawasan Bandar sedangkan PKR sekadar menumpang populariti DAP
No comments:
Post a Comment