Wednesday, March 30, 2011

ANWAR Masuk MASJID

ANWAR TIBA DI MASJID AL TAQWA  MLM TADI ,KETIBAAN ANWAR DI MASJID MLM TADI  TIDAK DI ENDAH PARA JEMAAH LAIN.

BUDAYA YANGA DI BAWAN ORG ANWAR KE DALAM MAJSID .AMAT SEDIH SEKALI.
SEBELUM PULANG ANWAR CUBA BERKEMPEN DI MASJID .TAPI TIDAK DI PEDULIKAN OLEH ORG KAMPUNG.

Tuesday, March 29, 2011

Anwar Tidak di terima oleh Org Kampong

 Anwar  ke Kampung Tupong Batu dan membuat ceramah di rumah encik Amran Hj. Yusop.. Sambutan tidak ramai, sekitar dalam 40-50 orang sahaja.. Sebelum ini Anwar pernah datang ke Kuching membuat ceramah di Taman Sukma dengan kehadiran kira-kira 800 orang..
Mujurlah ada 2-3 orang yang diupah untuk bersorak dan bertepuk tangan setiap kali ceramahnya sampai ke tahap mengujakan. Sementara pengunjung lain hanya berdiam diri tidak memberi apa-apa respon..
Akhirnya Anwar pulang dengan kecewa tanpa harapan isu videonya mendapat simpati rakyat Sarawak..

Monday, March 28, 2011

PRU Sarawak: PAS perasan nak menang 6 kerusi

Selepas meronda-ronda di kawasan dun Tupong pagi ini , ak mengesahkan kelihatan bendera pas terpacak tengah-tengah bulatan berhadapan dengan pasaraya emat Matang .Kuching.

"Yakin tetap yakin , kalah pasti kalah". Inilah kata wak yang menjual mee jawa depan emat tadi, apabila diaju soalan, macammana pandangan beliau mengenai Pas yang ingin bertapak di Sarawak.

Pas begitu yakin dapat menawan Sarawak kali ni walaupun setelah Presiden mereka menghina rakyat Sarawak semasa mereka kalah dengan hilang deposit semasa prk terdahulu.Menurut Presiden Pas , Hadi Awg rakyat Sarawak masa itu masih bodoh dan bercawat ,sebab itu tidak dapat menilai parti mereka sebagai parti pembela rakyat yang berjuang sejujur-jujurnya.

Sasaran terkini mereka adalah 6 kawasan termasuk dun Tupong , Sadong , Senadin , Jepak , Beting Maro dan Sebuyau.

Jadi mungkin antara strategi mereka kali ini adalah dengan memacak terus bendera parti mereka sejurus saja pembubaran di umumkan.

Mungkin mereka berpendapat dengan cara ini mereka mampu menawan hati rakyat sarawak yang mereka anggap lembab iq dan masih bercawat khususnya di kawasan Petra Jaya , Kuching..N6 Tupong.

Rasa-rasanya betulkah kerja tok?!!

SPR belum umum 'apa-apa' lagi bendera dah terpacak???.. Belum memerintah dah tunjuk sikap samseng.

Bak kata orang Sarawak " SIK KU MUJI PERANGE TOK"..



http://alehkayong.blogspot.com/

Sunday, March 27, 2011

KEKAYAAN ANWAR SETARA HOSNI MUBARAK !!!

 Rumah Anwar Bernilai Rm 9 juta
Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar .


Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rihman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Chxng merupakan pemilik dan pemegang saham utama. 
Dan dipercayai TSLSC adalah salah seorang proxy Anwar.
Belum dari sumber-sumber lain lagi....
Rupa-rupanya kekayaan  Anwar yang diselindunginya ini menyamai kekayaan Hosni Mubarak!!!

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.
Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.
“Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.
“Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar ‘empat budak hitam’ mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.
“Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah,” katanya – utusan
saksikan juga kekayaan terperinci anwar semasa dan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan dulu dan bagaimana beliau meng"kaya"kan kaum kerabatnya disini.

Inilah calon Wakil PM !!! Rakyat Sarawak ???

Thursday, March 24, 2011

PKR tidak Hormat orang Sarawak

Belum pun sempat DAP menamakan calon mereka di Batu Kawa, PKR sudah menunjukkan keangkuhan mereka di kawasan ini dengan memulakan kempen dan memasang semua bendera PKR.

Rugutan dari penyokong DAP yang tidak berpuas hati mulai kedengaran, kerana kerusi DUN Batu Kawa memang tempat DAP berjuang sejak sekian lama.

Sikap angkuh PKR dan Baru Bian mula menarik perhatian rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Bahkan sampat saat ini, Baru Bian masih berteka-teki untuk menamakan calon PKR yang akan bertanding. Kerana hajat PKR untuk menguasai kerusi DUN telah disanggah oleh SNAP yang bertindak menamakan calon tanpa menunggu persetujuan PKR.

Bagi penduduk majoriti cina di Bandar raya Kuching, DAP adalah parti yang paling ‘steady’ kerana tidak mengamalkan politik maki hamun sepertimana yang diamalkan PKR.


Percaturan antara PKR dan DAP dijangka cukup menarik, kerana DAP memiiki penyokong yang cukup kuat di kawasan Bandar sedangkan PKR sekadar menumpang populariti DAP

Wednesday, March 23, 2011

Pembangkang Ketandusan idea Berkempen


KUCHING,Rabu – Pihak pembankang akan membangkitkan isu melibabkan Kesesakan lalulintas di kawasan Matanag Sebagai modal berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Penyandang Kawasan dewan undangan  Negri  ( DUN) tupong  Datuk IR Haji Daud berkata,sekiranya mereka terus menimbul kan isu tersebut,ia jelas menunjukkan mereka ketandusan idea untuk berkempen.
Menurutnya,masalah kesesakan berlaku di semua tempat termasuk  negeri negeri yang ditadbir pembangkang seperti Selangor. Datuk daud  yang juga Menteri Mudah di pejabat  Ketua menteri   menjelaskan ,pembinaan jejantas dari bulatan matang jaya  ke matang baru berkemungkinan besar akan menyebabkan kesesakan teruk di jambatan satok. “kita menjemput pakar ,namun mereka beragampakan pembinaan jejantas  akan menyebabkan kesekakan  di jambatan satok. ‘Sekiranya  ia ( Jejantas ) di bina di kawasan ini ia akan menyebabkan masalah di kawasan lain pula….kita mahu ia di selesaikan secara lebih efisen .’’ ujarnya .

Tuesday, March 22, 2011

KEKALKAN DEMOKRASI GUNA KEBIJAKSANAAN RAKYAT


Demokrasi  telah  lama  dipraktik di  Negara  ini  kerana pemilihan  wakil rakyat serta siapakah parti memerintah ditentang 100 peratus oleh oleh rakyat,kata menteri muda di pejabat ketua menteri (hal ehwal islam) Datuk hj daud .katanya oleh itu rakyat di sarankan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memilih wakil yang tempatan untuk memperjuang hak mereka serta meneruskan keperluan . tambahannya menjadi tangungjawab wakil rakyat memastikan keperluan rakyat  sentiasa di perlukan dan tidak diabaikan.
Jadi ,sebagai rakyat ,mereka harus tahu siapa wakil rakyat yang terbaik dan bertanggung jawab untuk di pilih dalam hari pilihan raya akan  dating ,katanya. Daud berkata ,ramai  pihak yang berkepentingan yang akan muncul menjelang pilihan raya akan datang tidak lama lagi .katanya ,rakyat hendaklah berhati-hati  agar tidak terpadaya  dengan  tipu  muslihat  mereka . Daud  turut  mengigatkan  agar  rakyat terus memilih kerajaan  BARISAN  NASIONAL   yang  memang  perihatin  terhadap  rakyat

Sunday, March 20, 2011

MESTI BACA BUKTI INI!! : PR DITOLAK RAKYAT SARAWAK !!!

 Bukti jelas Pakatan ditolak oleh rakyat Sarawak
Benarkah kata Anwar dan kumpulan Pakatannya bahawa mereka akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud jika diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak didalam tempoh masa yang terdekat?
Yakin benar nampaknya Anwar dengan angan-angannya tersebut biarpun ia kedengaran sama seperti impian 16 September ke Putrajaya sebelum ini.
Apakah yang membuatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan begitu yakin mereka boleh merampas Sarawak?
Dari manakah mereka memperolehi maklumat bahawa rakyat Sarawak menyokong mereka? 
Anwar yang kita kenali adalah seorang yang memang bijak menabur janji. Tak kurang juga dengan kepakaran menipu serta putarbelit semua pemimpin-pemimpin didalam Pakatan pembangkang.

Jadi, kata-kata Anwar yang kononnya mereka akan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional, tak lebih hanya dari satu lagi projek menipu rakyat yang diusahakan oleh kumpulan pembangkang.
Tambah-tambah pula jika satu kajian daripada sebuah badan bebas Merdeka Centre diambil kira bagi melihat sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan yang diketuai oleh Anwar.

Mengikut satu pungutan suara yang dibuat oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hanya 11.2 peratus sahaja rakyat Sarawak yang sanggup memberikan undi mereka kepada pihak Pakatan pembangkang di Sarawak jika Pilihanraya Negeri diadakan di negeri tersebut. Ini sekaligus menolak tanggapan kumpulan pembangkang bahawa mereka akan menang mudah dan menguasai Sarawak selepas PRN diadakan.

Bancian yang dilakukan ini meliputi seluruh responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang etnik. Jumlah yang bersedia mengundi Barisan Nasional telah meningkat kepada 64.1 peratus iaitu 1.1 peratus lebih tinggi dari yang diterima parti pemerintah pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 lalu. Anwar dan kumpulan pembangkang harus menerima hakikat ini yang menunjukkan polisi politik Pakatan langsung tak sesuai diamalkan di Sarawak.

Jika di Semenanjung, faktor Anwar sebagi pemimpin Anugerah Tuhan yang diwar-warkan mungkin sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat kumpulan Pakatan, tetapi faktor ini langsung tak laku di bumi kenyalang apabila hanya 21.1 rakyat Sarawak memberikan pengiktirafan buat pemimpin utama pembangkang tersebut. Rakyat Sarawak bukan mudah terpedaya dengan janji, tetapi mereka lebih percaya kepada realiti pembangunan serta kemakmuran negeri yang dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Mengikut kajian Merdeka Centre ini lagi, 33.6 peratus rakyat Sarawak menganggap bahawa kumpulan Pakatan pembangkang tak mampu bersatu didalam satu gabungan. 26.6 peratus menganggap bahawa Pakatan kekurangan idea untuk memajukan serta membangunkan ekonomi negeri dan 11.4 peratus pula menganggap pemimpin-pemimpin Pakatan terlibat didalam rasuah.

Dari segi gaya pentadbiran Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka di Semenanjung, rakyat Sarawak ternyata meragui kemampuan pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mentadbir. 
Walaupun ada rakyat Sarawak yang mempertikaikan kemampuan polisi pentadbiran Barisan Nasional seperti ketidak puasan hati yang ditimbulkan oleh beberapa parti dan juga politik wang, namun 70-80 peratus rakyat Sarawak masih mempunyai harapan positif terhadap parti tersebut untuk terus menerajui negeri mereka di masa depan.
Sewajarnya hal ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak masih lagi tidak berganjak dari kesetiaan mereka terhadap kerajaan yang selama ini banyak berjasa pada mereka.

Satu perkara lagi yang sepatutnya diambil kira oleh Anwar dan Pakatan sebelum berangan-angan menawan Sarawak, apakah mereka mampu menang di 30 kerusi negeri berbanding hanya 6 yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang sekarang?
Sentimen Semenanjung yang dibawa oleh Anwar dan kumpulannya, tak cukup untuk membuatkan rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada Pakatan.

Percayalah, dengan penolakan rakyat tempatan terhadap permainan politik janji kosong Pakatan ini, 
Anwar pasti akan gigit jari selepas melihat keputusan Pilihanraya negeri nanti.
 
Siapakah Anwar untuk memperbodohkan 27 kaum etnik di Sarawak dengan permainan politik murahan buku Jingganya?


Friday, March 18, 2011

DS Najib bersama rakan online di DUN Sarawak

DS Najib bersarapan dan berucap di program "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" di bangunan DUN Sarawak pagi tadi.

"Sekiranya anda tidak dapat datang bertemu saya...saya akan datang bertemu kamu," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakan Facebook dari Sarawak menerusi sesi Mari Berjumpa Mari Berhubung di sini, 

Beliau berjanji akan terus meluangkan masa untuk bertemu dengan rakan dalam talian di seluruh negara bagi merasai nadi rakya


Opposition came only by election

KUCHING: Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Haji Daud Abdul Rahman said it was not surprising to see the opposition ‘busy’ in the run-up to election while it is the Barisan Nasional government that is doing all the work for the people.

He said the opposition’s tactic of using sensitive issues to run down the ruling government was an old and ‘overdue’ method of campaigning.

“All they (the opposition) can do is talk and criticise the government.But what services have they done for the people in the last five years? It is the BN government that has been doing all the work,” he said when met at his office in Petra Jaya here yesterday after receiving two cheques for RM45,000 each in business tithe from AmIslamic Bank.The money is meant for Laila Taib Welfare Complex in Kuching and Hamidah Welfare Complex in Miri.

Daud added: “The BN works round the clock to provide development and assistance to the people.The oppositions, on the other hand, only appear in the run-up to elections.

“As usual, the oppositions would try any means they could come up with to provoke the people without thinking of the consequences they could cause such as dividing the people.

“We a re f o r tunat e b e c ause Sarawakians are a wise lot.They are not easily fooled by the opposition’s tactics.

This is proven in each election whereby the BN has always won by more than two-thirds majority.” When asked of his plan if he were renominated and then re-elected in his Tupong seat, Daud said infrastructure development such as roads would be given priority.

“Squatter problem is almost a nonissue in the constituency, so we can concentrate on infrastructure development,” he said.

Also present at the function yesterday were AmBank Regional Manager Simon Su Hiong Tiing and its Kuching Area Sales Manager Rahmatullah Dahrawi Edrus.

At the same ceremony, Daud also received a RM10,000 cheque from Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching for the construction of a mosque in Matang.The cheque was presented by its Deputy Chairman Shaik Alawuden.

Haji Abdul Wahab Daud (secretary) and Mohamad Jahabar Abdul Jaleel (board member) were also present

Tuesday, March 15, 2011

Fahami undang-undang NCR

Pemahaman mendalam elak cetus kontroversi kekang pembangunan tanah di negeri ini

KUCHING: Pemahaman yang mendalam terhadap undang-undang tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dapat mengelakkan tercetusnya kontroversi yang boleh mengekang pemba-ngunan tanah di negeri ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kontroversi tanah NCR di Sarawak hanya dapat di-elakkan sekiranya semua pihak memgambil inisiatif untuk memahami undang-undang yang melibatkan ta-nah berkenaan.
“Kita tidak harus membiarkan manfaat daripada pembangunan dibayangi kontroversi… namun ia dapat dileraikan sekiranya undang-undang (tanah) benar-benar difahami,” katanya ketika ber-ucap menyempurnakan Pe-lancaran Rasmi Buku ‘Law On Native Customary Land In Sarawak’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ke-tua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar dan mantan ketua peguam negeri yang juga penulis buku itu, Datuk JC Fong.
Taib berkata, sekiranya undang-undang tanah dapat difahami, maka lebih sejuta hektar tanah NCR di negeri ini dapat dimajukan tanpa berhadapan dengan sebarang masalah.
Menurutnya, sejumlah besar masyarakat Bumiputera di Sarawak boleh mendapat manfaat daripada tanah NCR memandangkan lebih sejuta hektar tanah menunggu untuk dimajukan.
“Ia telah menimbulkan banyak kontroversi tetapi kerajaan tidak boleh mengelak daripada merancang sistem yang lebih baik supaya lebih ramai penduduk Bumiputera dapat meraih manfaat dari-pada pembangunan tanah di Sarawak,” katanya.
Justeru, katanya adalah penting untuk mempunyai buku yang dapat mengumpul semua dokumen yang ada  kaitan yang relevan dengan pembentukan NCR supaya kaum Bumiputera dapat menggunakan hak mereka untuk mendapat faedah ekonomi dan pada masa yang sama memelihara hak NCR supaya terus memberi manfaatkan kepada masyarakat Bumiputera.
Beliau memberitahu, wa-laupun keinginan untuk me-melihara tanah bagi memelihara masyarakat Bumiputera dihormati, namun kerajaan juga menyedari keperluan membangunkan tanah secara moden demi kemajuan Bumiputera.
“Saya harap dengan mengetahui undang-undang NCR, penduduk Bumiputera akan menyokong kerajaan dalam memajukan tanah (NCR) seluas sejuta hektar di negeri ini,” katanya.

BolehKAH Nuar menjadi Contoh????

MESTI BACA : Anwar lebih hebat dari Taib dan Mubarak


Selama 30 tahun mengetuai pemerintahan kerajaan masing-masing. Dari sudut itu Hosni Mubarrak dan Pehin Seri Taib memang mempunyai persamaan. Itu sahaja. Fullstop. Noktah.

Namun, dalam tempoh yang sama ketika Mubarak membawa kemunduran kepada Mesir , Taib pula membawa pembangunan yang signifikan kepada Sarawak. Ketika Mubarak hanya mamapu memberikan pendapatan perkapita sebanyak US$2 (RM6.14) sehari atau kira-kira RM200 sebulan kepada Mesir, Taib pula memberikan pendapatan perkapita lebih RM2,000 sebulan atau lebih sepuluh kali ganda kepada Sarawak.

Banyak lagi data ekonomi yang boleh dijadikan perbandingan yang boleh dipaparkan untuk menunjukkan antara pencapaian Mubarak dan kecemerlangan Taib yang bagaikan langit dengan bumi.

Itu antara Mubarak dan Taib. Bagaimana pula antara Hosni Mubarak dan Anwar Ibrahim? Perbezaan antara keduanya juga amat ketara. Yang sama hanyalah kedua-duanya jelas pro-Israel dan zionisme.

Namun, secara umum Mubarak juga tetap tidak setaraf Anwar yang mengatasinya dalam banyak hal. Baca selengkapnya DISINI

Sunday, March 6, 2011

Adenan sesuai berdebat


Pemimpin PBB sokong keputusan Taib beri kepercayaan kepada ketua informasi itu berdebat dengan Baru Bia.

KUCHING: Para pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyokong keputusan presidennya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kepercayaan kepada Ketua Informasi Parti Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem untuk berdebat dengan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian.
Pemimpin-pemimpin berkenaan berkata ia adalah langkah yang tepat kerana Baru tidak setaraf dengan Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak.
Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata Baru cuba menggunakan debat itu untuk mempromosikan dirinya di mata rakyat.
“Baru adalah seorang ahli politik baru yang cuba untuk menjadi juara rakyat manakala YAB (Taib) kita telah berada dalam perkhidmatan awam hampir setengah abad, malah sebelum Baru dilahirkan lagi.  Justeru bukan taraf YAB untuk berdebat dengan dia (Baru),” katanya ketika dihubungi semalam.
Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkata sehubungan itu beliau menyokong penuh langkah Taib memberi kepercayaan kepada Adenan untuk berdebat dengan Baru.
Sementara itu Setiausaha Agung PBB Dr Stephen Rundi berkata keputusan mempersetujui cabaran untuk berdebat oleh presiden parti dengan jelas menunjukkan bahawa PBB mengamalkan demokrasi.
Beliau berkata walaupun semua orang tahu bahawa debat terbuka disuarakan Baru demi kepentingan politiknya, PBB tidak takut untuk menerima cabaran itu kerana pada akhirnya kebenaran akan terserlah.
“Apa yang dinyatakan oleh YAB dalam ucapannya dalam Konvensyen BN (pada Sabtu), mereka (PKR) mengamalkan politik persepsi manakala kami mengamalkan politik realiti.
“Langkah PKR mengajak BN berdebat hanyalah demi kepentingan politik (mereka).
“Seseorang mungkin akan bertanya, mengapa sekarang? Bagi saya jawapannya hanya satu, iaitu propaganda pilihan raya,” kata Dr Rundi yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata, tidak apa debat diadakan tetapi para pendebat mesti mematuhi peraturan.
Beliau berkata biasanya para pendebat mestilah setaraf dari segi status dan kedudukan.
“Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) adalah Ketua Menteri Sarawak, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.
“Jadi lawannya harus secara kasarnya sama status. Jadi beliau boleh menugaskan sesiapa sahaja dalam BN untuk berdebat (bergantung kepada status lawan dalam perdebatan),” katanya.
Wan Junaidi berkata walaupun beliau bersetuju dengan Adenan sebagai pilihan Taib, beliau secara peribadi merasakan bahawa tidak perlu bagi ketua informasi itu mewakili presiden dalam debat terbuka.
“Beliau (Adenan) adalah seorang jeneral dalam PBB. Terdapat ramai mejar dan kapten yang sepatutnya memainkan peranan. Lagipun, lawan bukanlah seorang jeneral,” katanya.
Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili yang bersetuju dengan Wan Junaidi berkata ramai ahli Pemuda yang bersedia menyahut cabaran bagi mewakili presiden atau ketua informasi.
Beliau berkata Baru sebenarnya cuba mencari publisiti murahan daripada cabaran debat secara terbuka kerana beliau mahu membuktikan bahawa pemilihannya sebagai ketua PKR Sarawak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tepat walaupun menerima tentangan daripada para pemimpin parti berkenaan sebelum ini.
“Dia (Baru) tahu bahawa ramai pemimpin dalam partinya tidak percaya dengan keupayaannya memimpin PKR dalam pilihan raya negeri nanti.
“Atas sebab inilah dia mengambil keputusan mencabar YAB untuk mengadakan debat terbuka dengan harapan presiden parti kita tidak akan menerima cabarannya.
“Sekarang, dia mungkin akan mencari alasan untuk tidak mengadakan debat kerana dia sebenarnya hanya mahu mendapatkan publisiti murahan dan bukannya untuk berdebat,” kata Pandi yang juga merupakan ketua Pemuda PBB Jepak.