Thursday, January 20, 2011

GAMBAR: Datuk Daud sanggup berjalan kaki untuk bertemu rakyat

Siapa kata Datuk Daud tidak sihat? Sebelum ini Datuk Daud Abdul Rahman yang juga ADUN N.6 Tupong, telah dikaitkan dengan berbagai penyakit. Sampai ada yang mengatakan beliau sudah tidak layak berkhidmat untuk rakyat lantaran kesihatan yang kian meruncing.

Itulah dunia politik, itulah kebebasan bersuara yang diciptakan pembangkang. Siapa saja boleh mengolah cerita buruk demi meruntuhkan keyakinan rakyat, kerana runtuhnya keyakinan itu nanti akan membuka kesempatan buat mereka yang kemaruk ingin jadi YB.
 
Pada 18 Januari lalu, Datuk Daud bersama rombongannya sanggup berjalan kaki untuk mendekati dan mendengar sendiri masalah rakyat di Kawasan DUN Tupong. Perjalanan bermula jam 1.00 petang hingga 4.30 petang meliputi beberapa rumah dan kampung. Lawatan ini bukan perkara baru dan bukan pertama kali bagi kawasan DUN N.6 Tupong. Rombongan Datuk Daud memang tidak berkunjung ke rumah bakal calon PKR atau bakal calon PAS, sebaliknya ke rumah-rumah penduduk yang memerlukan bantuan dan perhatian.




Sepanjang lawatan ke sekitar N.6 Tupong, bukan sekadar tidak ada rungutan atau bantahan terhadap kepimpinan Datuk Daud. Malah terdapat cadangan spontan dari seorang penduduk, agar kerajaan menggunakan tanah beliau untuk membuat parit dan jalan demi keselesaan bersama Menurut PAS, kononnya Datuk Daud sedang ketakutan. Apakah sokongan yang begitu baik dari rakyat akar umbi menyebabkan Datuk Daud terlalu takut dengan PAS?
atau PAS sudah lesu dengan strategi  putar belit  yang serba tak menjadi?



No comments:

Post a Comment