Tuesday, December 28, 2010

PELANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD


Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.

Ini kerana cadangan pelantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice note). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Hebat Menteri Besar Selangor ni. Walaupun perlantikkan SUK Selangor telahpun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini, dan turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, TS Khalid Ibrahim mungkin dengan mendapat nasihat dari Setiausaha Politiknya yang juga merupakan Anak Dara Tua, telah membatalkan perlantikan berkenaan dan "Sultan" Khalid Ibrahim diberitakan akan memilihnya sendiri calon yang berkenan di hatinya.

Sejak bila pulak seorang Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menentukan siapa SUK negeri? Sejak bila pula "perkenan" Menteri Besar diperlukan di dalam perlantikan SUK Negeri? Carca merba betul corak pemerintahan Pakatan Haram ini. Menteri Besar pun ada hati hendak memiliki kuasa Sultan!

No comments:

Post a Comment