Friday, December 24, 2010

Anwar dakwa miliki dokumen kontrak APCO

Selepas kerajaan mendedahkan dua dokumen membuktikan Apco Worldwide (APCO) tidak terbabit dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen One Israel, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa pula beliau kononnya mempunyai dokumen yang membuktikan sebaliknya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dokumen berkenaan masing-masing termasuk kontrak yang ditandatangani APCO dengan kerajaan Malaysia dan Israel yang harus dijadikan bukti dan tidak boleh dipertikaikan.
Beliau berkata, jika di mahkamah, bukti yang diberikan kerajaan iaitu surat penafian daripada APCO dan kenyataan bersumpah Penasihat Kanan Kempen One Israel, Robert M Shrum sebelum ini perlu diperiksa terlebih dulu bagi membuktikan kesahihannya.
Surat penafian dan kenyataan bersumpah itu juga, katanya, tidak boleh dijadikan bukti untuk menggantung beliau dan tiga lagi ahli Parlimen pembangkang daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung isu itu.

“Dua dokumen itu tidak lebih daripada permainan orkestra media untuk memastikan tiada pemeriksaan terhadap bukti itu,” katanya.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen termasuk surat daripada APCO yang menafikan pembabitan firma itu dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah Shrum yang menafikan pembabitan APCO dalam kempen berkenaan.

Minggu lalu, Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong berhubung isu itu.
Nazri dilaporkan berkata, Anwar sudah diberikan peluang beberapa kali untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya dalam Dewan Rakyat, namun sengaja bertindak untuk terus menyerang kerajaan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

1 comment:

  1. Elok lah tu...
    Kalau dah cakap dah ada bukti,baguslah., tunjuk kan aje bukti itu. Dulu Ezam pun pernah cakap ada bukti berkotak2 (entah berapa kotak) tapi sampai sekarang pun masih belum didedahkan bukti yang berkotak2 tu.
    Macam ni lah, senang cerita, ada bukti, just dedahkan, bongkar aje. Budaya..., "kang aku bagitau kang" macam kanak2 tadika tak main laa. Macam budak2 gaduh... "Nanti aku tumbok muka engkau'" - tak akan tumbuk punya. Budaya sorong tarik pun tak main laa. Patek dah "f @#*&%#" fed up dengan ada bukti.!! "Kita akan buktikan semua, bongkarkan semua.." Deyyy inna deyy Nuar.. Just do it laa. (Macam Nike ad tuuu...)
    Patek pun ada BUKTI juga... Tungguuuuuuuuu...
    Ada bukti.? Bongkar.! Dedahkan.!

    ReplyDelete