Sejak daripada mula lagi PKR tidak boleh dipercayai. Rosaknya pemilihan parti dengan beberapa pergaduhan, penipuan kertas undi, protes ahli sendiri pada bulan lepas itukah yang patut diteladani rakyat Sarawak?
Katakanlah wahai Zulhaidah, buktikan apa sumbangan PKR kepada rakyat Sarawak selama lebih 10 tahun bertapak di negeri ini khususnya kepada rakyat Bekenu dan Bandaraya Miri? Jelaskan kepada penduduk Miri apa jenis kejayaan yang PKR buat di Selangor tanpa kemajuan yang dibuat UMNO sebelumnya? Lubang KSSB? Hutang dengan Syabas?
Mana pula datangnya maklumat mengatakan Sarawak negeri keempat termiskin di Malaysia? KDNK Perkapita Sarawak ke2 tinggi di Malaysia tahun lepas, kalau miskin kenapa Anwar/Azmin bersusah payah sampai nak datang berkempen di sini? Inilah pemikiran sempit mereka yang mendakwa tahu serba serbi. Mereka mengira memadai bergantung maklumat daripada Sarawak Report yang diuruskan seperti surat layang sebagai modal untuk menukar kepimpinan dalam kerajaan negeri..
Low class punya calon PKR Sibuti/Bekenu ini….
Jika IQ PBB-BN rendah sangat, ia lebih elok daripada Zulhaidah yang tidak mempunyainya langsung… Rajahmas bukan nak sanjung BN lebih sangat, tetapi jika kita tahu wujudnya konsesus bebas, parti KITA, demonstrasi ahli sendiri terhadap Anwar/Azmin dan kempen keluar parti beramai-ramai hasil kepincangan PKR, mengapa kita sanggup kata itu yang terbaik untuk rakyat negeri Sarawak?
Sudah gilakah kita?
bodh betul admin nie....prcaya sngt ngan tv 3 suku ngan utusan meloya
ReplyDeleteAssalamualaikum & Selamat sejahtera Admin..
ReplyDeleteAlhamdulillah terbukti prjuangan kami adalah utk rakyat kpd rakyat.. trm ksh bbyk kpd keluarga,sahabat serta pengundi Sibuti,khasnya Lambir. Kpd rakyat dan warga Sibuti, Khasnya Lambir yg tanpa henti memberi sokongan doakn saya dan kita brsama supaya menjadi insan yg menghargai, menghormati antara satu sama lain walaupun bbeza pandangan dan pendapat. Kita raikan persamaan dan hormati perbezaan.
Saya maafkan kpd yg mnghina mngecam saya. Saya halalkan segala kata-kata kesat yg pernah dilemparkan kpd saya. Semoga anda dan kita sntiasa diberkati dan di bawah lindungan Allah SWT..
Salam prjuangan dan salam sayang
Zulhaidah Suboh