Wednesday, December 29, 2010

WORKSHOP PERDANA DEMAK LAUT

KHAMIS 30 DEC 2010 SESI PENANGGUHAN WORKSHOP PERDANA DEMAK LAUT: YB DATUK DR AAR BERKATA " KEMPEN RUMAH KE RUMAH GOTONG ROYONG ILMU MENGGUNA "JALAN KE TIGA, KEKANAN MENGGUNAN TIGA " Alat Kuasa Bekerjasama" Dan Dua Cara/Ilmu BARU BERTUJUAN MENINGKST PENDAPATAN KELUARGA SEIMBANG Kepada Sekurang-kurang RM 1500 sekeluarga sebulan " Akan " MENENGELAMKAN SEMUA ISU ISU PEMBANGKANG

Syabas kepada Harimau Muda Malaysia

Tuesday, December 28, 2010

PELANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD


Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.

Ini kerana cadangan pelantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice note). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Hebat Menteri Besar Selangor ni. Walaupun perlantikkan SUK Selangor telahpun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini, dan turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, TS Khalid Ibrahim mungkin dengan mendapat nasihat dari Setiausaha Politiknya yang juga merupakan Anak Dara Tua, telah membatalkan perlantikan berkenaan dan "Sultan" Khalid Ibrahim diberitakan akan memilihnya sendiri calon yang berkenan di hatinya.

Sejak bila pulak seorang Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menentukan siapa SUK negeri? Sejak bila pula "perkenan" Menteri Besar diperlukan di dalam perlantikan SUK Negeri? Carca merba betul corak pemerintahan Pakatan Haram ini. Menteri Besar pun ada hati hendak memiliki kuasa Sultan!

Friday, December 24, 2010

Anwar dakwa miliki dokumen kontrak APCO

Selepas kerajaan mendedahkan dua dokumen membuktikan Apco Worldwide (APCO) tidak terbabit dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen One Israel, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa pula beliau kononnya mempunyai dokumen yang membuktikan sebaliknya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dokumen berkenaan masing-masing termasuk kontrak yang ditandatangani APCO dengan kerajaan Malaysia dan Israel yang harus dijadikan bukti dan tidak boleh dipertikaikan.
Beliau berkata, jika di mahkamah, bukti yang diberikan kerajaan iaitu surat penafian daripada APCO dan kenyataan bersumpah Penasihat Kanan Kempen One Israel, Robert M Shrum sebelum ini perlu diperiksa terlebih dulu bagi membuktikan kesahihannya.
Surat penafian dan kenyataan bersumpah itu juga, katanya, tidak boleh dijadikan bukti untuk menggantung beliau dan tiga lagi ahli Parlimen pembangkang daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung isu itu.

“Dua dokumen itu tidak lebih daripada permainan orkestra media untuk memastikan tiada pemeriksaan terhadap bukti itu,” katanya.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen termasuk surat daripada APCO yang menafikan pembabitan firma itu dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah Shrum yang menafikan pembabitan APCO dalam kempen berkenaan.

Minggu lalu, Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong berhubung isu itu.
Nazri dilaporkan berkata, Anwar sudah diberikan peluang beberapa kali untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya dalam Dewan Rakyat, namun sengaja bertindak untuk terus menyerang kerajaan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Merry Christmas To All Our Christian Readers

Pupuk semangat setia kawan

KUCHING: Unsur-unsur positif yang menjurus kepada ke-amanan dan perpaduan sejagat mampu melahirkan masyara-kat bertamadun tinggi, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Beliau berkata semua pihak perlu berusaha memupuk semangat setia kawan supaya tiada perasaan hasad dengki, dendam, curiga-mencurigai dan mementingkan diri sendiri.
Katanya, semangat kerjasama dan saling tolong menolong dalam menjaga kestabilan perjalanan hidup bermasyarakat mesti terus disemai di kalangan generasi penerus supaya setiap insan tidak perlu takut dengan sebarang bentuk ancaman.
“Justeru, setiap agama di dunia ini mengajar pengikut-pengikutnya ke arah kebaikan bagi menjaga keamanan dan perpaduan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Krismas 2010 dan Tahun Baru 2011 di sini semalam.
Tun Salahuddin menarik perhatian bahawa sambutan Hari Krismas perlu diselubungi dengan perasaan riang ria disusuli pula sambutan Tahun Baru yang bakal disambut Sabtu depan.
Menurut beliau, pada tahun ini pelbagai perancangan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri dan negara yang kita cintai ini.
Di peringkat negeri, rancangan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah giat dijalankan.
“Justeru, tahun 2011 nanti sudah tentunya akan membawa harapan yang begitu tinggi di kalangan rakyat seluruh negeri ini,” katanya.
Tun Salahuddin menjelaskan bahawa ekonomi yang hanya bergantung kepada pengeluaran bahan mentah tidak akan dapat bertahan lama.
Oleh itu, perlu diadakan pembangunan yang lebih mapan dan menyeluruh dalam setiap pelan pembangunan lima tahun kerajaan terutama memberi penekanan kepada sektor penghasilan dan perkhidmatan.
“Mulai tahun 2011 dan seterusnya tumpuan adalah diberi kepada usaha inovatif dan kreatif, tidak kiralah inovasi dan kreativiti itu melibatkan penghasilan produk atau perkhidmatan.
“Jika kita terus bersaing dengan cara lama kita akan ketinggalan dan sentiasa menjadi ekonomi yang hanya mengikut dan mengguna.
“Untuk menjadi gergasi dalam pasaran, ekonomi kita perlu berubah berlandaskan idea-idea baru yang inovatif dan kreatif.
“Malah, tanpa ilmu dan kemahiran serta inovasi dan kreativiti maka segala perancangan kita untuk memantapkan ekonomi kita tidak akan tercapai dengan mudah dan berkesan,” ujarnya.
Tun Salahuddin mengingatkan rakyat agar berazam dan melipatgandakan usaha memperolehi  ilmu dan kemahiran tinggi bagi memastikan negeri kita terus mampu bersaing dalam ekonomi global.
“Dalam kita mengejar pembangunan, marilah kita bersama-sama berganding bahu menyumbang tenaga dan minda ke arah pembangunan mapan serta berazam membentuk sahsiah dan perwatakan yang lebih baik,” katanya.

Thursday, December 23, 2010

Calon PKR, Zulhaidah Suboh bernafsu tinggi...

Sedih melihat kebijaksanaan bakal-bakal pemimpin daripada PKR Sarawak ada pula mengaku dirinya hebat daripada menteri-menteri kabinet yang mentadbir kerajaan negeri Sarawak.  Orang yang hebat dimaksudkan ialah  Zulhaidah Suboh (bakal calon DUN Bekenu). Buktinya gambar di bawah.
Sejak daripada mula lagi PKR tidak boleh dipercayai. Rosaknya pemilihan parti dengan beberapa pergaduhan, penipuan kertas undi, protes ahli sendiri pada bulan lepas itukah yang patut diteladani rakyat Sarawak? 

Katakanlah wahai Zulhaidah, buktikan apa sumbangan PKR kepada rakyat Sarawak selama lebih 10 tahun bertapak di negeri ini khususnya kepada rakyat Bekenu dan Bandaraya Miri? Jelaskan kepada penduduk Miri apa jenis kejayaan yang PKR buat di Selangor tanpa kemajuan yang dibuat UMNO sebelumnya? Lubang KSSB? Hutang dengan Syabas?  

Mana pula datangnya maklumat mengatakan Sarawak negeri keempat termiskin di Malaysia? KDNK Perkapita Sarawak ke2 tinggi di Malaysia tahun lepas, kalau miskin kenapa Anwar/Azmin bersusah payah sampai nak datang berkempen di sini? Inilah pemikiran sempit mereka yang mendakwa tahu serba serbi. Mereka mengira memadai bergantung maklumat daripada Sarawak Report yang diuruskan seperti surat layang sebagai modal untuk menukar kepimpinan dalam kerajaan negeri.. 

Low class punya calon PKR Sibuti/Bekenu ini….

Jika IQ PBB-BN rendah sangat, ia lebih elok daripada Zulhaidah yang tidak mempunyainya langsung…  Rajahmas bukan nak sanjung BN lebih sangat, tetapi jika kita tahu wujudnya konsesus bebas, parti KITA, demonstrasi ahli sendiri terhadap Anwar/Azmin dan kempen keluar parti beramai-ramai hasil kepincangan PKR, mengapa kita sanggup kata itu yang terbaik untuk rakyat negeri Sarawak? 

Sudah gilakah kita?

Gambar wanita pilihan Ketua Menteri Sarawak

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bernikah dengan seorang wanita pilihan berusia 30-an keturunan Arab dari Lebanon.

Majlis pernikahan secara tertutup itu dilaporkan hanya dihadiri saudara dan rakan terdekat. Antara yang hadir ialah dua timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu.

Majlis pernikahan itu dilaksanakan oleh Mufti Kipli Yassin dan hari ini dijangka akan meriah dengan majlis sambutan sempena perkahwinan Abdul Taib yang membujang sejak kematian isterinya,  Puan Sri Laila pada April 2009 akibat kanser.

Raja Drama

Wednesday, December 22, 2010

PBB Youth seeks opportunity in SCORE



GRAB THE OPPORTUNITY: Norah (third left) receives a souvenir from Pandi after officiating at the seminar. 

Posted on December 22, 2010, Wednesday
SIBU:  An Investment Potentiality Seminar on aquaculture organised jointly by the Youth Wing of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) with the Fisheries Department in Tanjung Manis was to seek opportunity in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) for its members.

The seminar organising chairman, Radin Kadri Radin Budiman, who is also the PBB Youth exco member, said the seminar was aimed at tapping the business opportunities and to introduce Tanjung Manis to the members.

He hoped the seminar would be able to create business opportunities in order to achieve the people’s transformation program of high incomes. MP for Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman, officiated at the opening of the seminar, also in her capacity as chairperson of the Tanjung Manis Halal Hub.
While chairman of PBB Youth for Economic Bureau Pandi Suhaili said the seminar held for the first time was a platform for networking within SCORE’s development region. “We will endeavour to organise the seminar continually. To the participants, grab the business opportunities available in the Tanjung Manis halal hub,” he said when addressing at the opening of the seminar.
The one-day seminar was successfully organised in collaboration with Tanjung Manis Halal Hub, STIDC and AgroBank Malaysia.

SSFM: Thank you Azmin & PKR We need more Malayans who respect Sarawakians as their equals to be national leaders. We don't want Malayan Masters to treat us as if we are their servants. And again, thank you Azmin.



mby West Malaysians. — file pic
KUALA LUMPUR, Dec 13 — PKR’s Azmin Ali has promised Sarawakians senior state civil service positions — many of which are currently held by those from peninsular Malaysia — should Pakatan Rakyat (PR) win the state and Putrajaya in the next general election.

The newly-minted PKR deputy president pledged to Sarawakians at Bintulu yesterday that the pact would grant them “full autonomy” in the event of a victory in snap polls that are widely speculated to be held within the first quarter of next year.

“If you look at the major appointments of important institutions and organisations in Sabah and Sarawak, appointments were mainly made by the federal government by sending senior civil servants from Semenanjung (Peninsula Malaysia),” Azmin told The Malaysian Insider today.

“My point is, why Semenanjung? Don’t we have Sarawakians that can hold these important posts?” added Azmin.

The Gombak MP listed several top state posts that were filled by Malaysians from the peninsula, such as the state police chief, the state Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) director, the state customs director, and the state immigrations director.

“These are important appointments made by Barisan Nasional (BN), but the practice in the past is that they send people from Semenanjung. They should recognise Sabah and Sarawak,” said Azmin.

Azmin also vowed to increase the state’s petroleum royalties should the pact come to run the federal government.

“Under the leadership of Pakatan Rakyat, we promise them that we will increase the royalty for petroleum from five to 20 per cent,” said Azmin.

“This is what the federal government has ignored for the past 46 years. So, Pakatan Rakyat pledges to deliver back to Sabah and Sarawak in order to recognise the agreement.”

Azmin, also Bukit Antarabangsa assemblyman, said the pledge was made during Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s visit to Sabah four or five months ago, when the opposition coalition promised to grant autonomy to the East Malaysian states should Sarawak and Sabah give PR a mandate in the 13th general election.

“We said we will recognise the agreement signed 46 years ago, during the formation of Malaysia,” said Azmin, referring to the 18-point agreement that was made between Sarawak and then federal government prior to the formation of Malaysia on September 16, 1963, as well as a similar 20-point agreement between Sabah and the federal government.

Among the points of the agreements are that both states should control their own finances, development and tariffs, the states’ education systems should remain under state control, and that entry into Sabah and Sarawak would require state government approval.

Sabah and Sarawak should also not have a state religion although Islam is the official religion in Malaysia.
Azmin claimed that Sarawak, the country’s largest but fourth-poorest state, did not possess full autonomy as guaranteed in the 1963 agreement.

“The senior appointments (in Sarawak government positions) still come from (the) federal (government). Why?” asked Azmin.

“Let them manage their own state. We should have full confidence in their leadership,” he added.