Wednesday, March 30, 2011

ANWAR Masuk MASJID

ANWAR TIBA DI MASJID AL TAQWA  MLM TADI ,KETIBAAN ANWAR DI MASJID MLM TADI  TIDAK DI ENDAH PARA JEMAAH LAIN.

BUDAYA YANGA DI BAWAN ORG ANWAR KE DALAM MAJSID .AMAT SEDIH SEKALI.
SEBELUM PULANG ANWAR CUBA BERKEMPEN DI MASJID .TAPI TIDAK DI PEDULIKAN OLEH ORG KAMPUNG.

Tuesday, March 29, 2011

Anwar Tidak di terima oleh Org Kampong

 Anwar  ke Kampung Tupong Batu dan membuat ceramah di rumah encik Amran Hj. Yusop.. Sambutan tidak ramai, sekitar dalam 40-50 orang sahaja.. Sebelum ini Anwar pernah datang ke Kuching membuat ceramah di Taman Sukma dengan kehadiran kira-kira 800 orang..
Mujurlah ada 2-3 orang yang diupah untuk bersorak dan bertepuk tangan setiap kali ceramahnya sampai ke tahap mengujakan. Sementara pengunjung lain hanya berdiam diri tidak memberi apa-apa respon..
Akhirnya Anwar pulang dengan kecewa tanpa harapan isu videonya mendapat simpati rakyat Sarawak..

Monday, March 28, 2011

PRU Sarawak: PAS perasan nak menang 6 kerusi

Selepas meronda-ronda di kawasan dun Tupong pagi ini , ak mengesahkan kelihatan bendera pas terpacak tengah-tengah bulatan berhadapan dengan pasaraya emat Matang .Kuching.

"Yakin tetap yakin , kalah pasti kalah". Inilah kata wak yang menjual mee jawa depan emat tadi, apabila diaju soalan, macammana pandangan beliau mengenai Pas yang ingin bertapak di Sarawak.

Pas begitu yakin dapat menawan Sarawak kali ni walaupun setelah Presiden mereka menghina rakyat Sarawak semasa mereka kalah dengan hilang deposit semasa prk terdahulu.Menurut Presiden Pas , Hadi Awg rakyat Sarawak masa itu masih bodoh dan bercawat ,sebab itu tidak dapat menilai parti mereka sebagai parti pembela rakyat yang berjuang sejujur-jujurnya.

Sasaran terkini mereka adalah 6 kawasan termasuk dun Tupong , Sadong , Senadin , Jepak , Beting Maro dan Sebuyau.

Jadi mungkin antara strategi mereka kali ini adalah dengan memacak terus bendera parti mereka sejurus saja pembubaran di umumkan.

Mungkin mereka berpendapat dengan cara ini mereka mampu menawan hati rakyat sarawak yang mereka anggap lembab iq dan masih bercawat khususnya di kawasan Petra Jaya , Kuching..N6 Tupong.

Rasa-rasanya betulkah kerja tok?!!

SPR belum umum 'apa-apa' lagi bendera dah terpacak???.. Belum memerintah dah tunjuk sikap samseng.

Bak kata orang Sarawak " SIK KU MUJI PERANGE TOK"..



http://alehkayong.blogspot.com/

Sunday, March 27, 2011

KEKAYAAN ANWAR SETARA HOSNI MUBARAK !!!

 Rumah Anwar Bernilai Rm 9 juta
Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar .


Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rihman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Chxng merupakan pemilik dan pemegang saham utama. 
Dan dipercayai TSLSC adalah salah seorang proxy Anwar.
Belum dari sumber-sumber lain lagi....
Rupa-rupanya kekayaan  Anwar yang diselindunginya ini menyamai kekayaan Hosni Mubarak!!!

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.
Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.
“Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.
“Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar ‘empat budak hitam’ mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.
“Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah,” katanya – utusan
saksikan juga kekayaan terperinci anwar semasa dan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan dulu dan bagaimana beliau meng"kaya"kan kaum kerabatnya disini.

Inilah calon Wakil PM !!! Rakyat Sarawak ???

Thursday, March 24, 2011

PKR tidak Hormat orang Sarawak

Belum pun sempat DAP menamakan calon mereka di Batu Kawa, PKR sudah menunjukkan keangkuhan mereka di kawasan ini dengan memulakan kempen dan memasang semua bendera PKR.

Rugutan dari penyokong DAP yang tidak berpuas hati mulai kedengaran, kerana kerusi DUN Batu Kawa memang tempat DAP berjuang sejak sekian lama.

Sikap angkuh PKR dan Baru Bian mula menarik perhatian rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Bahkan sampat saat ini, Baru Bian masih berteka-teki untuk menamakan calon PKR yang akan bertanding. Kerana hajat PKR untuk menguasai kerusi DUN telah disanggah oleh SNAP yang bertindak menamakan calon tanpa menunggu persetujuan PKR.

Bagi penduduk majoriti cina di Bandar raya Kuching, DAP adalah parti yang paling ‘steady’ kerana tidak mengamalkan politik maki hamun sepertimana yang diamalkan PKR.


Percaturan antara PKR dan DAP dijangka cukup menarik, kerana DAP memiiki penyokong yang cukup kuat di kawasan Bandar sedangkan PKR sekadar menumpang populariti DAP