Monday, April 18, 2011
SNAP hilang wang pertaruhan kerana ketamakan anwar
SNAP boleh menyalahkan anwar, penasihat Pkr kerana kehilangan teruk wang pertaruhan dalam PRN Sarawak.
Seramai 71 orang calon hilang wang pertaruhan dalam PRN itu. Ia termasuk 24 dari SNAP, 6 dari PKR, 4 dari PCM dan 37 dari bebas.
Sikap memburuk-burukkan SNAP oleh anwar dan kuncu-kuncunya juga amat dikesali. Dari awal, PKR tidak ikhlas membuat perbincangan mengenai kerusi yang ditandingi yang akhirnya tidak menguntungkan SNAP dan PKR.
Akibat tidak ikhlas ini juga menjadikan PKR ditolak rakyat dan hanya memenangi 3 kerusi sahaja.
Pkr dilihat terlalu angkuh dan menolak banyak usaha perancangan SNAP untuk mengambil alih Sarawak
Monday, April 11, 2011
Kami nak jajah tupong
Di atas adalah suasana ceramah Anwar di Kampung Pinang Jawa , Jalan Bunga Tanjung Sebentar tadi...
Seperti biasa topic biasa mengenai pucuk pimpinan negeri Sarawak dan pembangunan dimainkan...
Pempuan yang bertudung kuning tu exco atau menteri negeri Selangor iaitu Yb Roziah Ismail , dari mula ceramah beliau mengutuk pemerintahan Negeri Sarawak dan memuji cara pemerintahan negeri Selangor dan menurut beliau Selangor FREE rasuah!
Beliau berjanji akan membawa keadah pemerintahan negeri Selangor ke Negeri Sarawak!!!!
Tadi juga calon PKR Tupong Baharudin Mokshen telah dilantik mereka menjadi yb ADUN N6 Tupong dengan gelaran Datuk manakala Anwar dilantik menjadi PM...penin juak palak pikir , belum betanding gik...mungkin untuk memotivasi calon.? tak lak risau sa
Tapi yang merisaukan adalah :
MANIFESTO PRU 12 MEREKA LAGI MASIH TIDAK DILAKSANAKAN.(Kerajaan Negeri Selangor)
1) Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
2) Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan.
3) Elaun anak yang memasuki pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan.
4) Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
5) Elaun khas ibu tunggal.
6) Bantuan kewangan untuk anak muda ingin berkahwin.
7) Bantuan geran untuk perniagaan.
8) Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
PENYELEWENGAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR.
1) Perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor yang dimurkai oleh Sultan Selangor berjumlah RM800,000.
2) Laporan audit yang terbaru menunjukkan kos menyelenggara 9 buah bas dan 6 kereta Yayasan Selangor berjumlah RM6 juta.
Waduh waduh hancurlah Sarawak tiru ini!!!! belum cita pasir dahlah Sarawak banyak pasir
![]() |
| membawa budaya pkr ke sarawak |
![]() |
calon N6 tupong
Semalam kami berpeluang mengikuti dua program Datuk Daud Abdul Rahman (penyandang ADUN N6 Tupong) iaitu bersama-sama warga pendidik bagi melaksanakan program Tuisyen N6 Tupong disebelah pagi.
Sejarah perlaksanaan program tersebut berintis dari tahun 2007 dimana Datuk Daud telah mengamanahkan kepada SMK Tunku Abdul Rahman untuk menjalankan kelas tusyen bagi pelajar-pelajar menengah bagi kawasan Tupong.
Pada permulaannya dilaksanakan untuk kelas malam sahaja , pada tahun 2010 PIBG SMK Tunku Abdul Rahman telah menukar pendekatan berbeza di mana melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 1 dan 8 orang guru..dan pada tahun 2011 persetujuan muafakat telah dicapai di mana peruntukan yang disalurkan oleh Daud diagih sama rata kepada 6 buah sekolah menengah kawasan Tupong.!
Turut hadir adalah Pengetua-pengetua dari 6 buah Sekolah Menengah Kawasan N6 Tupong iaitu Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Matang hilir , SMK Petra Jaya ,SMK Matang Jaya , SMKA SHOAW dan SMKA Matang , dan wakil Baitulmal .
http://alehkayong.blogspot.com/
Wednesday, April 6, 2011
N6 TUPONG DUA PENJURU

Sebentar tadi telah tamat proses penamaan calon bagi DUN N6 Tupong.
Adun penyandang iaitu YB Datuk Daud Abd Rahman mewakili BN diiringi lebih kurang 2000 orang penyokong manakala parti lawan diwakili oleh Baharudin Mokhsen yang diiringi lebih kurang 60 - 70 orang (mewakili PKR).Baharudin pernah menentang Datuk Daud pada tahun 1991 dan tewas teruk.
Suasana meriah macam pesta bendera biru terserla

kelihatan juga Ahli Parlimen Petra Jaya YB Fadillah Yusuf yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi mengiringi calon BN.
Alhamdulilah ..semua berjalan dengan lancar , cuma insiden di mana dengan bilangan yang kecil penyokong PKR telah menjerit melolong mencemuh calon BN. (Budaya Pakatan Haram agaknya !!!).
Namun dibalas oleh Datuk Daud dan Penyokong BN dengan senyuman
Sunday, April 3, 2011
19 muka baru dicalonkan
KUCHING: Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 70 bakal calon untuk pilihan raya negeri ke-10 dengan 19 muka baru.
Manakala calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan yang diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diumumkan kemudian.
Senarai yang diumumkan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menyaksikan agihan kerusi di kalangan empat parti komponen BN.
“Mesyuarat mengenai agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen diadakan dalam semangat tradisi (perpaduan),” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagaimanapun tidak menyertai sidang media tersebut.
Daripada 71 kerusi DUN di Sarawak, PBB diperuntukkan 35 kawasan, SUPP di 19 kawasan, PRS di sembilan kawasan dan SPDP di lapan kawasan.
PBB yang merupakan tunjang BN negeri menampilkan 10 muka baru, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan tujuh muka baru beserta seorang bekas ADUN pernah tewas, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan seorang muka baru, dan SPDP mengekalkan semua penyandang kecuali di Ba’Kelalan.
Muka baru dari PBB yang akan bertanding di Demak Laut ialah Dr Hazland Abang Hipni, Maclaine Ben (Kedup), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Razaili Gapor (Beting Maro), Mohd Radzi Sitam (Saribas), Datu Len Talif Salleh (Belawai), Abdullah Saidol (Semop), Dr Annuar Rapa’ee (Nangka), Ripin Lamat (Lambir) dan Dennis Ngau (Telang Usan).
PBB mengekalkan penyandang terdiri daripada Adenan (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Datuk Daud Abdul Rahman (Tupong), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Satok), Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya), Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (Muara Tuang), Roland Sagah Wee Inn (Tarat), Dato Sri Michael Manyin Jawong (Tebedu), Naroden Majais (Simunjan), Julaihi Narawi (Sebuyau), Simoi Peri (Lingga), Jabu (Layar), Robert Lawson Chuat (Bukit Saban), Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Murni Suhaili (Daro), Abu Seman Jahwie (Jemoreng), Gramong Juna (Machan), Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Taib (Balingian), Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas), Datuk Talib Zulpilip (Jepak), Dr Stephen Rundi Utom (Kemena), Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bukit Sari).
SUPP menampilkan tujuh muka baru dengan seorang bekas ADUN yang tewas pada pilihan raya negeri lepas, Datuk Alfred Yap Chin Loi.
Sim Kiang Chiok akan bertanding di Padungan, Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Ling Kie King (Meradong), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Tiong Thai King (Dudong), Ling Kuong Meng (Kidurong).
Yap akan bertanding di Kota Sentosa – kerusi tempat beliau ditewaskan Chong Chieng Jen dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
SUPP mengekalkan penyandang Ranum Mina di Opar, Tan Joo Phoi (Batu Kawa), Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Datuk David Teng Lung Chi (Repok), Dato Sri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Goh Chung Siong (Pelawan), Dr Chan (Piasau), Chia Chu Fatt (Pujut) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).
PRS menampilkan seorang muka baru di Pelagus, Stanley Nyitar Malang, menggantikan penyandang Larry Sng. Manakala Alexander Vincent dipertaruhkan semula di Ngemah selepas tewas kepada penyandang Gabriel Adit Demong dari Parti Cinta Malaysia (PCM).
Mereka yang kekal dari parti tersebut ialah Snowdan Lawan (Balai Ringin), Mong Dagang (Bukit Begunan), Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai), Joseph Mauh Ikeh (Tamin), John Sikie Tayai (Kakus), Dato Sri Dr James Masing (Baleh) dan Liwan Lagang (Belaga).
SPDP mengekalkan tujuh penyandang, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Peter Nyarok Entrie (Krian), Dato Sri William Mawan Ikom (Pakan), Wong Judat (Meluan), Rosey Yunus (Bekenu), Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).
Sementara itu, Adenan berkata, calon-calon tersebut merupakan mereka yang diyakini mampu menang selepas melalui tahap penilaian.
“Semua calon ini telah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 6 April dan disusuli hari pengundian pada 16 April.
Pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006, PBB menang di semua 35 kerusi, SUPP di 12 kerusi, PRS di lapan kerusi dan SPDP menang di semua lapan kerusi.
Lapan kerusi DUN dimenangi DAP, PCM satu kerusi dan Parti Keadilan Rakyat di satu kerusi.

Subscribe to:
Posts (Atom)