KUCHING 19 Jun - Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah diberi taklimat dan pendedahan sewajarnya untuk berhadapan dengan provokasi dan menangani kerenah pembangkang sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang kelak.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pendedahan sebegitu perlu diberikan kepada setiap wakil rakyat, terutamanya muka baru memandangkan pembangkang lebih berminat untuk berpolitik berbanding membincangkan hal ehwal kepentingan negeri.
"Kita telah adakan seminar baru-baru ini dan setiap ADUN telah diberi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan serta situasi semasa politik di negeri ini
"Penumpuan diberikan kepada ADUN baru supaya tahu prosedur-prosedur (persidangan) serta mengenali sikap sebenar pembangkang dan apa jua isu yang ditimbulkan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini, hari ini.
Semua ADUN Sarawak dijadual mengangkat sumpah esok (20 Jun) sebelum Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menyempurnakan perasmian persidangan DUN 21 Jun ini.
Dalam pada itu, ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata, seminar dan taklimat khas yang diadakan banyak membantu wakil rakyat yang baru sepertinya mempersiapkan diri menghadapi persidangan DUN.
"Mesyuarat yang berlangsung hari ini pula sebenarnya lebih kepada taklimat akhir pucuk pimpinan kepada semua wakil rakyat BN sebelum DUN
No comments:
Post a Comment