1. Video di atas adalah bukti Anwar memberi arahan kepada Azmin dan peserta Bersih 3.0 membuat kekecohan untuk memuaskan nafsu Anwar dan Ambiga.
2. Bersih tidak lain dan tidak bukan bertujuan merosakkan nama baik negara kita, sebuah negara berbilang kaum yang aman dan progresif. Mereka berkumpul dan mendakwa itu dan ini, walaupun pilihanraya terus diadakan di Malaysia dan mereka berjaya memenangi dibeberapa negeri pada 2008.
3. Mereka juga mendakwa demonstrasi jalanan adalah norma di negara-negara demokratik lain termasuk negara maju. Perlukah kita ikut semua budaya asing atas nama demokrasi? (termasuk menghalalkan LGBT?)
4. Parlimen telah menubuhkan Public Select Committee (PSC) untuk berbincang bersama memberi cadangan penambahbaikan sistem pilihanraya. PSC ini dianggotai oleh ahli parlimen Barisan Nasional, Pembangkang dan Bebas.
5. Debat antara YB Khairy dan Ambiga mengenai laporan penambahbaikan pilihanraya oleh Public Select Committee juga telah dianjurkan oleh Malay Mail pada 25 April 2012.
5. Pelbagai lokasi yang tidak mengganggu perniagaan, kehidupan dan pergerakan lalulintas di Kuala Lumpur telah ditawarkan seperti Stadium Negara Bukit Jalil yang boleh memuatkan lebih 100,000 orang untuk mereka menunjuk perasaan.
6. Jelas video di atas jelas membuktikan Bersih 3.0 hanyalah permainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment