Tuesday, May 17, 2011

Pemuda pbb zon kuching Buat Laporan Polis????


Pemuda PBB Zon Kuching pada jam 4 petang tadi telah membuat laporan polis terhadap Francis Paul Siah mengenai isi kandungan ugutan beliau untuk mengadakan demonstrasi rakyat secara besdar besarn sekiranya YAB KM Sarawak tidak meletak jawatan sehingga 13 Ogus 2011 nanti.

ROMBONGAN PEMUDA PBB ZON KUCHING petang tadi diketuai oleh Wan Hamzah Wan Paie selaku Ketua Pemuda Zon Kuching yang diiringi bersama 10 orang ketua pemuda PBB dari seluruh Kuching dan lebih kurang 50 orang ahli pemuda PBB serta pihak media tenpatan dan nasional.

Pemuda meminta agar pihak polis membuat siasatan atas perkara berikut ;

1. Francis Siah mempunyai niat untuk mengadakan demonstarsi jalanan besar besaran ala timur tengah yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sarawak.Walaupun beliau menyatakan dalam artikel tersebut bahawa rancangan tersebut akan diadakan secara aman, namun di dalam perenggan terakhir artikel tersebut beliau menyatakan sekiranya terdesak beliau akan melalukan apa sahaja untuk memaksa KM berundur. Ini memberi gambaran bahawa beliau beliau mempunyai potensi untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai momentum huru hara negeri Sarawak. Ini boleh dianggap sebagai subversive dan menghasut rakyat untuk memberontak dan ini adalah satu kesalahan besar di sisi undang undang Negara.

2. Pemuda PBB juga mahu pihak polis menyiasat adakah Francis Siah menerima bantuan dana dari Negara barat yang ingin melihat Malaysia menjadi padang jarak padang terkukur seperti yang dilakukan oleh mereka di Timur Tengah. Ini kerana perancangan besar Francis Siah ini melibatkan jumlah dana yang besar, dan sekiranya dana ini wujud dan benar dari pihak Negara barat maka siasatan haruslah dibuat adakah Francis Siah ini menjadi perkakas Negara barat di Sarawak.

3. Tindakan Francis ini menghina system demokrasi dan menghina suara rakyat Sarawak yang dengan jelas mahu YAB Pehin Sri dan BN memimpin semula Sarawak.Tindakan ini jelas menolak dan menghina asas perlembagaan Negara kita.

4. Francis Siah juga menghasut orang awam untuk membenci SPR dengan menyatakan pilihanraya yang lepas telah berjalan dengan tidak benar dan tidak tulus . Ini bermakna beliau menghasut rakyat Sarawak untuk membenci agensi yang dipayungi secara langsung oleh kuasa Yang Dipertuan Agong lebih lebih lagi keputusan pilihanraya telah pun diperkenankan melalui pengwartaan baru baru ini.

Atas laporan polis ini maka Pemuda PBB Zon Kuching menyatakan 3 pendirian kami yang berikut ;

1. Pemuda PBB akan menjadi banteng kukuh mempertahankan kepimpinan YAB Pehin SRI Abdul Taib Mahmud dan Francis Siah perlulah berhadapan dengan Pemuda PBB dahulu sebelum mencabar YAB KM.

2. Pemuda PBB menyeeru semua rakyat Sarawak agar memboikot dan menggagalkan perancangan jahat Francis Siah. Ini adalah perlu bagi memastikan kesejahteraan dan kestabilan negeri Saeawak akan terus terpelihara.

3. Pemuda PBB memberi masa selama 7 hari untuk Francis Siah menarik balik artikel beliau itu, sekiranya tidak maka kami akan membawa laporan polis ini kepada YB Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan menentut agar tindakan yang keras diambil terhadap Francis Siah demi kebaikan seluruh rakyat negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment