KUCHING: Penyukatan ta-nah Hak Adat Bumiputera (NCR) bukan perkara baru tetapi diperkenalkan dengan inisiatif baru oleh kerajaan bagi membolehkan surat pemilikan diproses dengan mudah, cepat dan tepat.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan persekutuan telah memper-untukkan sebanyak RM30 juta bagi kerja-kerja penyukatan perimeter NCR di seluruh negeri pada tahun ini.
Menerusi peruntukan ter-sebut, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) katanya, akan me-neruskan kerja-kerja penyukatan melibatkan 107 kawa-san dengan keluasan tanah 386,000 hektar.
“Kerja-kerja penyukatan tanah NCR merupakan pro-ses dan usaha berterusan ke-rajaan untuk membantu rakyat mendapatkan surat pe-milikan ke atas tanah masing-masing dengan tepat.
“Kerajaan tiada niat untuk mengambil tanah rakyat sebaliknya membantu mem-bangunkan kawasan tanah yang ada untuk kemudahan dan manfaat rakyat sendiri.
“Justeru, kerjasama dari-pada semua pihak, khasnya pemilik tanah yang terlibat amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei mencapai sasaran 1.5 juta hektar tanah disukat menjelang 2015,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abdul Ghafur Sharif serta Pengarah JTS Datu Sudarsono Osman.
Jelas Awang Tengah, penyukatan tanah NCR telah dilakukan bermula dari 1996 dan tahun lepas sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi tujuan ini.
“Tahun depan (2012) sejumlah RM30 juta lagi akan diperuntukkan untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR dalam negeri ini.
“Ini semua adalah bukti kesungguhan kerajaan sekali gus menyangkal tuduhan segelintir pihak yang menuduh kerajaan cuba merampas tanah rakyat,” ujarnya.
Terdahulu pada sidang media tersebut, Awang Tengah berbangga dengan pencapaian JTS yang muncul sebagai contoh kepada negeri-negeri lain dalam negara dalam urusan pendaftaran hak tanah.
Katanya, JTS berjaya mempercepatkan proses pendaftaran hak tanah kepada satu hari berbanding 144 hari bagi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
“Mesyuarat Majlis Tanah Negara telah menjadikan Sarawak sebagai contoh dalam pendaftaran hak tanah.
“Berikutan itu, negeri-negeri lain dalam negara sedang berusaha mempercepatkan pendaftaran hak tanah di negeri masing-masing dan kini telah mencapai tahap 10 peratus,” katanya.
No comments:
Post a Comment