KUCHING: Penyukatan ta-nah Hak Adat Bumiputera (NCR) bukan perkara baru tetapi diperkenalkan dengan inisiatif baru oleh kerajaan bagi membolehkan surat pemilikan diproses dengan mudah, cepat dan tepat.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan persekutuan telah memper-untukkan sebanyak RM30 juta bagi kerja-kerja penyukatan perimeter NCR di seluruh negeri pada tahun ini.
Menerusi peruntukan ter-sebut, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) katanya, akan me-neruskan kerja-kerja penyukatan melibatkan 107 kawa-san dengan keluasan tanah 386,000 hektar.
“Kerja-kerja penyukatan tanah NCR merupakan pro-ses dan usaha berterusan ke-rajaan untuk membantu rakyat mendapatkan surat pe-milikan ke atas tanah masing-masing dengan tepat.
“Kerajaan tiada niat untuk mengambil tanah rakyat sebaliknya membantu mem-bangunkan kawasan tanah yang ada untuk kemudahan dan manfaat rakyat sendiri.
“Justeru, kerjasama dari-pada semua pihak, khasnya pemilik tanah yang terlibat amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei mencapai sasaran 1.5 juta hektar tanah disukat menjelang 2015,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abdul Ghafur Sharif serta Pengarah JTS Datu Sudarsono Osman.
Jelas Awang Tengah, penyukatan tanah NCR telah dilakukan bermula dari 1996 dan tahun lepas sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi tujuan ini.
“Tahun depan (2012) sejumlah RM30 juta lagi akan diperuntukkan untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR dalam negeri ini.
“Ini semua adalah bukti kesungguhan kerajaan sekali gus menyangkal tuduhan segelintir pihak yang menuduh kerajaan cuba merampas tanah rakyat,” ujarnya.
Terdahulu pada sidang media tersebut, Awang Tengah berbangga dengan pencapaian JTS yang muncul sebagai contoh kepada negeri-negeri lain dalam negara dalam urusan pendaftaran hak tanah.
Katanya, JTS berjaya mempercepatkan proses pendaftaran hak tanah kepada satu hari berbanding 144 hari bagi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
“Mesyuarat Majlis Tanah Negara telah menjadikan Sarawak sebagai contoh dalam pendaftaran hak tanah.
“Berikutan itu, negeri-negeri lain dalam negara sedang berusaha mempercepatkan pendaftaran hak tanah di negeri masing-masing dan kini telah mencapai tahap 10 peratus,” katanya.
Thursday, February 24, 2011
Saturday, February 19, 2011
Perjuangan politik pacu rakyat ke arah pendapatan tinggi
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, melengkapkan rakyat dengan peluang pekerjaan baru yang mampu menjana pendapatan tinggi merupakan perjuangan politik pemimpin Sarawak sekarang.
“Soal dan bentuk yang paling utama bukan hanya dengan bercakap tentang perkara remeh-temeh atau kompelin sini sana.
“Ini bukan perjuangan rakyat kita. Kita harus memperlengkapkan rakyat dengan program yang mampu mengatasi masalah itu,” jelasnya.
Katanya, politik masa kini bukan setakat menjaga perpaduan, membina jalan raya dan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
“Kita perlu menyediakan peluang baru iaitu daripada bekerja berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.
“Apa yang penting ia bertujuan melahirkan rakyat dengan ilmu pengetahuan,” ujar Ketua Menteri ketika menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas Kompleks Islam Sarawak Sibu, semalam.
Taib menegaskan, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menjadi landasan kepada peralihan ekonomi yang dapat memberi bentuk pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Bagi Sarawak, kita mahu mulai dari sekarang untuk memenuhi keperluan di wilayah pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Ini dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih bermutu. Selain melatih anak-anak Sarawak untuk berilmu tinggi, kita juga perlu melatih di peringkat bawahan,” katanya.
Ketua Menteri berkata, kejayaan mendirikan Kompleks Islam menunjukkan kejayaan perjuangan bersama dan Sarawak menjadi negeri pertama mengurus pengutipan zakat secara sistematik.
“Selain itu, kecekapan Tabung Baitulmal Sarawak mengurus wang zakat itu mahu dicontohi oleh Majlis Islam Persekutuan Australia.
“Tahun ini kita akan membantu menubuhkan dan menguruskan tabung yang sama di Australia,” jelas Taib sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana menyedari tentang perlunya membayar zakat.
Pada majlis yang sama, Pengarah Urusan Tanjong Manis Resources Ling Chong Kiong menyerahkan sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Kompleks PERYATIM Sibu.
Tahun lepas, Ling turut menyumbang jumlah yang sama kepada tabung kompleks berkenaan.
Hadir sama ialah isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.
Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Dr Soon Choon Teck, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, ADUN Pelawan Vincent Goh Chung Siong dan ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie turut hadir.
Kompleks Islam Sarawak Sibu dibina di Jalan Awang Ramli Amit dengan keluasan sekitar 7.5 ekar dan kos pembinaan berjumlah RM46.5 juta, dijangka siap sepenuhnya menjelang 1 Disember 2012.
Kompleks sembilan tingkat ini merupakan kompleks kedua Majlis Islam Sarawak yang akan dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan kemudahan seperti Mahkamah Syariah, ruang pejabat, dewan serba guna, rumah kedai (fasa kedua) serta tempat letak kereta yang mencukupi.

Thursday, February 10, 2011
ADUN BOHONG : Penjelasan Datuk Daud
Beberapa media tempatan sebelum ini menerbitkan berita berkaitan kenyataan Datuk Daud yang agak kontroversi, sampai ada yang mengatakan Datuk Daud menuduh ‘ADUN berbohong depan perdana menteri’.
Laporan media tersebut bukan sahaja mengejutkan kalangan ahli dan pemimpin politik, malah menyebabkan Datuk Daud terpingga-pingga. Mana tidaknya, dari warung kopi sampai dunia maya mulai bergosip tentang “Datuk Daud tuduh ADUN pembohong”.
Saya cuba dapatkan maklumat melalui sumber yang terdekat dengan Datuk Daud, untuk dapatkan cerita sebenar, betulkah Datuk Daud ada mengunakan ayat “terdapat ADUN berbohong” dihadapan media? Manalah tau..., tiba-tiba Datuk ditiup 'angin celupar'.
Petang kelmarin saya diberitahu, kenyataan sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan media, sebaliknya Datuk Daud cuma mengatakan “terdapat ADUN yang terlalu yakin dengan pencapaian masing-masing”. Selaku Naib Presiden PBB beliau menegaskan tidak pernah menyebut perkataan “ADUN BERBOHONG” ketika menjawab pertanyaan media.
Bagi media, judul ‘ADUN berbohong’ cukup kuat untuk menarik perhatian pembaca. Namun tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, ayat “ADUN Berbohong” hanyalah sekadar tafsiran media, bukan jawapan sebenar yang diberi oleh Datuk Daud.
Media mungkin berminat untuk ‘mengusik’ Datuk Daud dengan tafsiran tersebut, memandang pilihan raya negeri yang semakin hampir. Cuma bagi seorang pemimpin politik, tafsiran seperti itu agak nakal, bahkan boleh mencetus gesekkan lain di kalangan orang politik.
Apapun, itulah dunia seorang pemimpin dan tanggungjawab pihak media untuk melapor suatu berita. Bak kata orang Indonesia “berita sensasi adalah berita baik”. Yang diminati masyarakat umum…haha
Monday, February 7, 2011
Ten DAP leader join BN Sabah
TAWAU -- Sabah Pakatan Rakyat endured another round of shock today when ten Tawau DAP leaders including publicity chief James Leong Yun Fui (picture) have quit and joined Gerakan, a Barisan Nasional (BN) component party. This came barely twenty four hours after Pakatan coalition partner, PKR's Sabah chief, Pajudin Nordin threw in the towel before joining UMNO.
The resignation of the DAP leaders was announced by Gerakan vice-president Liew Yun Fah at a Chinese New Year open house here today. The group handed their Gerakan membership application forms to Sabah BN chairman and Chief Minister Musa Aman who passed them over to Liew.
Leong said they had lost confidence in the party leadership who were only good at talking and incapable of delivering their promises.
He said only BN was capable of bringing development to the people via the 1Malaysia concept introduced by Prime Minister Najib Razak.
Musa said the resignation of DAP leaders proved that the opposition had failed to solve the people's problems and rendered them irrelevant to Sabah.
He was confident that more DAP leaders and members would leave the party to join BN component parties.
Meanwhile, Liew said the resignation was a positive sign that BN could recapture Sri Tanjung state seat from DAP.
He said the Chinese community had realised that only BN could bring them development and champion the people.
The series of resignation would have dealt Anwar Ibrahim with a major setback, and may signal a crisis within the coalition rife with infighting and now face a crisis of confidence. The loss in the Tenang by-election have prompted the national pakatan leadership into some deep soul searching but a solution to stem the haemorrhage is nowhere in sight.
Pakatan leader, Wan Azizah has been tasked to reverse the tide but currently may have to contend with the excuse that a little blood-letting from within its fold may indeed be good.
Malaysian Mirror

Subscribe to:
Posts (Atom)