Thursday, November 3, 2011

FESTIVAL SEKS BEBAS Bangunlah Umat Islam Menentang Kemungkaran!!!




Kami mengutuk keras penglibatan Bar Council, Presidennya Lim Chee Wee dan bekas Presiden Ambiga Sreenavasan dalam penganjuran dan pelancaran Festival Seks Bebas yang diputar-belitkan dengan nama "Seksualiti Merdeka"!

Festival Seks Bebas ini adalah berpaksikan kepada Pertemuan Yogyakarta 2006 yang mempromosikan dan menggalakkan perlakuan seks bebas LBGT - iaitu Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Ini adalah usaha membawa ketamadunan kemanusiaan kepada ketamadunan haiwan - mempromosikan amalan seks lesbian (wanita dengan wanita), bisexual (semua jantina boleh balun), gay (seks melalui dubur) dan transgender (pertukaran jantina)!
Ini adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e yang ditolak bukan sahaja oleh tamadun kemanusiaan dan akhlak insani, malah ditolak oleh semua agama termasuk agama samawi Islam, Kristian & Yahudi!
Teman menegaskan bahawa Bar Council, serta Presidennya Lim Chee Wee serta bekas Presiden merangkap pengerusi himpunan haram 09 Julai TIDAK BERHAK mengheret Bar Council menyokong festival seks bebas songsang dan luar tabi'e ini. Ini kerana daripada lebih 13,000 peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam, lebih 40% adalah peguam beragama Islam.

Apabila mereka mengheret Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini, ianya memberi gambaran, malahan boleh membawa fitnah kepada para peguam yang beragama Islam. Malahan fitnah ini sudah muncul kerana banyak pertanyaan oleh orang awam khususnya dikalangan umat Islam apa pendirian para peguam beragama Islam dengan gelagat Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini!

Teman dan beberapa peguam beragama Islam mengambil sikap mengutuk keras sikap Lim Chee Wee, Ambiga Sreenavasan dan Bar Council yang mengambil sikap menyokong penganjuran Festival Seks Bebas ini! Dan teman mendesak mereka menarik balik sokongan itu. Kalau mereka nak menyokong, mereka boleh berbuat sedemikian atas sifat peribadi dan bukannya dengan mengheret Bar Council!

Apa yang menjadi kerisauan teman, usaha mempromosikan seks bebas LBGT ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e ini, terutamanya untuk menghapuskan peruntukkan Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan. Seksyen tersebut menjadikan hubungan seks songsang dan luar tabi'e melalui lubang dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isterinya), samada secara rela mahupun secara paksa.

DAN INILAH PERUNTUKKAN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR DAN PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Sekali lagi kami ingatkan kenyataan Tan Sri Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang menegaskan bahawa dunia kini, termasuk negara kita Malaysia, sedang dilanda "virus hak asasi manusia", yang bukan sahaja bertentangan dengan ketamadunan dan peradaban manusia, malah akan menhancurkan keujudan kesinambungan kemanusiaan!

Apabila melihat gelagat mereka ini,saya teringat teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia ini berasal dari spesis beruk! saya memang tidak percaya, malah menolak teori Darwin tersebut. Tetapi bila melihat kaum yang mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT ini, agaknya teori Darwin ni merujuk kepada kaum ini mungkin?!

Pernah saya bertemu dengan kaum ini, dan berlaku perdebatan dengan mereka. Mereka beriya-iya menyatakan bahawa ini soal hak asasi mereka. Mereka kata "our body, it's our right"! Teman jawab dengan mudah, kalau mak-bapak anda mengamal seks songsang dan luar tabi'e macam anda, sudah
 
pasti anda tak akan wujud dimuka bumi ini!!!                                                                                                                   

Wednesday, November 2, 2011

Perkasa mahu IGP halang Seksualiti Merdeka, dakwa Ambiga


Wira Perkasa menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang dan membatalkan program Seksualiti Merdeka 2011 yang disifatkan bertentangan dengan amalan rakyat negara ini Selain itu sayap pemuda pertubuhan Melayu itu juga menggesa tindakan tegas diambil ke atas bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadualkan akan merasmikan program itu minggu depan “Wira Perkasa mendesak supaya perkara ini tegas kerana Ambiga ini dah melampau memecahbelahkan orang Melayu dan mendapatkan satu agama baru bagi hak asasi manusia banyak ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam “Kita desak Peguam Negara mendakwa Ambiga Ambiga sama dengan penjenayah lain yang menyemarakkan kemarahan orang Melayu dan kita desak Peguam Negara ambil tindakan ” kata Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris Beliau menambah “Walaupun kemungkinan ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan tapi tolong siasat dan tolong tangkap pengkhianat ini ” Wira Perkasa menyerahkan memorandum bantahan kepada Ismail di Bukit Aman di sini Ia diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia ACP Ramli Mohamed Yoosuf Tambah Irwan Fahmi selain Ismail semua pihak berwajib termasuk Kementerian Dalam Negeri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan yang sewajarnya “Rakyat terutamanya golongan muda dilihat akan mudah dan cepat terpengaruh dengan dakyah dan manipulasi pihak yang menganjurkan program ini Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan artis aktivis dan individu sejak 2008 Program festival itu termasuk forum ceramah bengkel pelancaran buku pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November Penganjuran program itu mendapat bantahan banyak pihak termasuk daripada Pemuda PAS.

Sunday, September 11, 2011

Budaya DaP Dari Semanjung sampai ke Masjid Sekitar petra jaya kuching

 
 
Ketika umat Islam seluruh Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang aman dan tenteram, DAP dan Pakatan Pembangkang telah mengambil peluang dengan menyebarkan pengaruh politik mereka di masjid-masjid ketika sembahyang Jumaat lepas.

Pada 9 September 2011, jam 1250 hingga 1315 telah dikesan seramai 5 orang Pemuda DAP yang berketurunan Cina yang diketuai Wong King Wei, ADUN Padungan telah menyebarkan risalah-risalah politik di beberapa masjid di Kuching.

Sikap terdesak dan kurang ajar DAP dan Pakatan Pembangkang itu dilakukan dengan mengedar risalah politik semasa umat Islam bersembahyang Jumaat di beberapa buah masjid di Bandaraya Kuching. Antaranya masjid yang menjadi tumpuan DAP dan Pakatan Pembangkang mengedarkan risalah politik ialah Msjid Jamek, Masjid Tabuan, Masjid Matang dan Masjid Bahagian Kuching.

Tindakan DAP dan Pakatan Pembangkang mengedarkan risalah itu telah dianggap kurang ajar dan melampau. Mereka tidak melihat sensitiviti orang Islam yang menggunakan masjid sebagai tempat beribadah dan bukannya tempat berpolitik. Lebih memburukkan lagi keadaan, pekerja atau mereka yang ditugaskan DAP dan Pakatan Pembangkang untuk menghantar dan menyebarkan risalah politik itu adalah bukan beragama Islam. Perbuatan DAP dan Pakatan Pembangkang boleh mencetuskan isu perkauman sekiranya tidak ditangani dengan sepenuhnya.

Ini telah menimbulkan perasaan kurang senang jemaah yang hadir ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Difahamkan kejadian ini telah berlaku sejak 3 minggu lalu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Atas rasa bertanggungjawab terhadap tindakan DAP dan Pakatan Pembangkang yang keterlaluan dan kurang ajar, Pemuda PBB Sarawak telah mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Gita. Laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Ketua Pemuda PBB Sarawak, Wan Hamzah Wan Paie pada Sabtu, 10 September 2011. 

Seperti biasa, Pakatan Pembangkang Sarawak kian terdesak untuk meluaskan pengaruhnya di kalangan umat Islam dan orang Melayu. Melihat kepada keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak lepas, mendapati majoriti orang Melayu sekeras-kerasnya menolak kehadiran Pakatan Pembangkang di kawasan mereka. Keputusan DAP sebelum ini yang mahu meluaskan pengaruhnya di kawasan Melayu dan Bumiputera Sarawak bersandarkan kepada kurangnya sokongan yang mereka perolehi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10.

Sikap Pakatan Pembangkang Sarawak dengan Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia tiada jauh bezanya. Apa yang dilihat di Semenanjung, itulah yang dapat digambarkan di Sarawak. Pakatan Pembangkang Sarawak telah mendapat hidayah daripada rakan mereka di Semenanjung bagi mencapai cita-citanya untuk menakluk pentadbiran Malaysia. 






Tuesday, September 6, 2011

Abu Bekir sedia bertanding di Parlimen Mukah

Tokoh korporat terkemuka Dato Sri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib menyatakan kesediaan beliau untuk dicalonkan di Parlimen Mukah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS) itu menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat dan Negeri untuk membuat keputusan.
“Selain membesar dalam suasana politik, saya memang meminati serta mengikuti perkembangan politik negara sejak dahulu.
“Saya menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kuching ketika berusia 19 tahun. Sejak itu minat terhadap politik kian berkembang,” ujarnya.
Justeru, Mahmud Abu Bekir tidak menolak untuk dicalonkan di Parlimen Mukah andai itu yang diminta oleh penduduk di sini.
“Jika itu permintaan majoriti, saya bersedia. Selama ini pun saya berkhidmat di sini secara tidak langsung menerusi projek-projek pembangunan seliaan CMS.
“Apatah lagi daerah ini merupakan tempat asal keluarga saya. Saya bersedia untuk dicalonkan sama ada di Parlimen Mukah atau di mana sahaja,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa diminta Utusan Borneo mengulas ucapan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di The Grand, Kingwood Resorts, di sini semalam.
Abdul Taib memberitahu bahawa beliau membawa Mahmud Abu Bekir ke majlis-majlis rasmi di sini untuk memberi pendedahan kepada anak keduanya itu tentang senario mutakhir politik tempatan.
Pada masa sama, beliau mahu Mahmud Abu Bekir menabur khidmat kepada bumi kelahiran moyangnya (Mukah) menerusi politik.
Sementara itu, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan gembira dengan kesediaan Mahmud Abu Bekir untuk berkecimpung secara langsung dalam politik.
“Latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman serta pergaulan beliau (Mahmud Abu Bekir) yang luas merupakan kelebihan besar kepada BN.
“Tanpa penafian, beliau berpotensi besar untuk dicalonkan sama ada di sini atau kawasan lain dalam PRU akan datang,” tambah Naib Presiden Kanan PBB itu.

Monday, August 8, 2011

Stay away from Sarawak election, Daud tells PPP

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) vice-president Datuk Daud Abdul Rahman yesterday advised People’s Progressive Party (PPP) to concentrate on winning the seats it lost in the peninsula in 2008.
He told PPP not to contest in the state during the coming general election as it would disunite and destablise the status quo
of state BN component parties – PBB, PRS, SPDP and SUPP – as all seats had been allocated among them.
“If PPP wants to help the state BN component parties we welcome but if they want to contest it will disunite the present unity,” Daud said.
We do not want other BN component parties from peninsula to disunite the state BN,” he said further, urging PPP to concentrate in the peninsula and work closely with other BN parties there.