Sunday, July 8, 2012

Tafsiran Berdasarkan Politik dan Tafsiran Berdasarkan Agama

Mari kita analisa perbandingan hujah mengenai hukum sumpah oleh DSAI dan Dr. Asri yang non-partisan. 


Hujah DSAI juga konsisten menyatakan bahawa sumpah adalah adat melayu dan tidak wujud dalam Islam. Walaupun saya menghormati Dr Yusuf Al Qardawi, alasan ini seharusnya disokong dengan sumber Al-Quran dan Hadith supaya boleh dibincangkan. Pandangan ulama tidaklah mutlak.

Jika kita fikirkan, adalah tidak benar sekiranya mangsa, contohnya kes rogol, di dalam Islam dikehendaki mewujudkan 4 orang saksi. 

Precedence berkaitan bukti dapat kita lihat dalam kes Nabi Yusuf, sekiranya tidak ada saksi maka bolehlah dikemukan bukti - adakah baju koyak dari belakang?

Tidaklah saya ingin menuduh DSAI cuma ingin membetulkan pandangan orang awam tentang keadilan dan due process yang wujud dalam Islam. 

Monday, July 2, 2012

Kekal landskap politik dan perpaduan, kata Daud


KUCHING: Rakyat diminta menolak anasir luar yang cuba merosakkan perpaduan dan landskap politik negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman yang mahu rakyat Sarawak mengekalkan perpaduan yang sudah lama terjalin hasil landskap politik yang adil.

“Kita di Sarawak amat mementingkan perpaduan antara satu sama lain, orang datang ke negeri ini mengatakan orang Sarawak semuanya baik-baik sama ada di dalam bandar mahupun luar bandar.

“Kita tidak suka bergaduh, tidak suka tunjuk perasaan, politik kita politik baik, kita tidak mahu politik yang cuba menghancurkan kita kerana ada orang luar datang ke sini bawa fahaman di sana datang ke Sarawak,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di Kampung Desa Wira Lot, Bandar Baharu Batu Kawa dekat sini malam kelmarin.

Daud mendedahkan terdapat individu (pembangkang) dari Semenanjung datang ke Sarawak untuk menyebarkan cerita dongeng.

“Jadi jangan dengar cerita dan khabar angin daripada orang yang nak merosakkan pemikiran orang Sarawak… kita orang Sarawak beringat-ingat tidak lama lagi pilihan raya,” tegasnya.

Malah, beliau turut menepis dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan yang diperintah Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang tidak adil dan tidak bersih terutama dalam pilihan raya.

Kita tidak suka bergaduh, tidak suka tunjuk perasaan, politik kita politik baik, kita tidak mahu politik yang cuba menghancurkan kita kerana ada orang luar datang ke sini bawa fahaman di sana datang ke Sarawak,


Jelasnya, sekiranya kerajaan BN tidak bersih,  beberapa kerusi iaitu Batu Kawa, Kota Sentosa dan Batu Lintang pasti tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

“Ini membuktikan sistem demokrasi yang dilaksanakan di negara ini di bawah pemerintahan BN dijalankan dengan adil dan bersih,” tambahnya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden PBB menyarankan agar rakyat memilih parti yang benar-benar menjaga kepentingan semua kaum dalam pilihan raya akan datang.

“Kawasan Batu Kawa ini akan sama sama kita lihat dalam pilihan raya kelak, kita sudah tahu jangan lagi terperangkap oleh mereka (pembangkang), siapa calonnya (daripada BN) terpulanglah.

“Tapi kalaulah Encik Lo Khere Chiang (Pengerusi MPP) yang bekerja keras dapat dijadikan calon BN di kawasan Stampin ini, harapan saya mudah-mudahan beliau dicalonkan di sini, tidak rugi memilih beliau kerana beliau ada track record yang baik, katanya.

Pada majis itu, Daud turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan dewan serba guna dan sumbangan RM3,000 kepada Biro Wanita JKKK Kampung Desa Wira Lot.

Hadir sama Pengerusi Gawai Stanley Repun, Pengerusi JKKK Kampung Desa Wira Lot Anthony Jambuh, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sih Hua Tong dan Pengerusi Biro Wanita Geogina Balaning.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/02/kekal-landskap-politik-dan-perpaduan-kata-daud/#ixzz1zSjkQIf1

Jangan politikkan isu halal dan agama, kata Daud


KUCHING: Jangan politikkan isu halal mahupun yang berkaitan dengan agama tegas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, isu berkenaan amat sensitif dan tidak sesuai untuk dipolitikkan kerana dikhuatiri menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat terutama masyarakat majmuk.

Malah, beliau menyifatkan perbuatan pihak pembangkang yang menggunakan isu berkenaan sebagai modal menarik pengundi semasa menegadakan ceramah amat tidak bertanggungjawab.

“Tugas kita hanya melakukan apa yang terbaik dan betul dari segi agama dan janganlah pula dipolitikkan isu halal,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ceramah Merdeka Rakyat II anjuran Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Satok baru-baru ini yang membangkitkan isu tersebut.

Dalam ceramah itu juga, PKR dikatakan mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang menarik sijil halal produk Golden Churn pada tahun lalu yang telah menjejaskan pengusaha kek lapis di negeri ini.

“Pengusaha kek lapis faham, tindakan tersebut dibuat atas tanggungjawab kita untuk pengguna Islam.

“Apabila Golden Churn telah mematuhi syarat dan kita (pengguna) yakin, pihak kita menerima pakai semula produk tersebut,” jelasnya.

Mentega Golden Churn diperakui halal semula oleh JAKIM pada Mei lalu selepas pemeriksaan dijalankan di kilang pembuatan mentega tersebut.

Read more:
 http://www.theborneopost.com/2012/07/02/jangan-politikkan-isu-halal-dan-agama-kata-daud/#ixzz1zSNgh5ID