Beliau berkata wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam Umno.
"Kita masuk Umno bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk Umno adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang," katanya kepada pemberita pada "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat," katanya.seterusnya nya